Thursday, July 1, 2010

Muallaf sujud Pertama Kali selepas 20 Tahun

Salam sejahtera...Salam Perkenalan.. Satu Muhibbah...Salam Satu Ummah...

Disini Anaz nak bawa cerita yang amat menyentuh jiwa Anaz sendiri, hingga terdetik persoalan sudah 20 tahun lebih Anaz hidup, begitu juga sahabt...SEJAUH MANA KITA BERJASA DENGAN ALLAH??Disni Anaz terbaca artikel, pengakuan seorang Muallaf...


Cerita ini merupakan cerita benar tentang seorang Muallaf yang bernama Fatimah Abdullah, 49 nama asal sebelum Islam, Martina Sakanlagap..merupakan seorangyang bergiat aktif di dalam program yang dianjurkan oleh PERKIM. Fatimah bersal dari daerah Serian, Kuching, Sarawak.


Dalam penerangan, Fatimah memeluk ISLAM ketika berumur 20 tahun, dan agama sebelumnya ialah agama KRISTIAN dan dia berbangsa Iban. Sepanjang 20 Tahun hidup, dari tahun 1980-2000, Fatimah langsung tidak mengenal Allah! Dan tidak langsung mengetahui bahawa Allah itu ada di dalam ISLAM. Masyallah..yang lebih mengejutkan, Dia langsung tidak tahu solat, tidak tahu ada PUASA wajib bagi ummat ISLAM, Zakat dan sebagainya. Dan paling memedihkan, tidak ada seorang Islam pun mengajar nya tentang Islam.


Dalam Artikel juga menyatakan, Fatimah bukannya tidak mencari keindahan agama ISLAM,
tetapi dia sering disindir oleh rakan-rakannya. Dia menceritkan bahawa dia pernah ditertawakan kerana dia tidak tahu langsung doa Qunut. Ada juga yang mengatakan "Kau ni orang Islam apa hingga doa Qunut pun x tahu"..malah rakan muslim yang lain mentertawakannya...Astaghfirullah.


Fatimah menjadi takut ingin mempelajari, dan dia mengamalkan cara hidup seperti agama sebelumnya. Dia menjadi begini hingga mempunyai 3 orang anak. Paling menyedihkan, suami Fatimah langsung tidak mengajar Fatimah selok belok Islam. Malah, dia suaminya sendiri tidak pernah berpuasa, solat dan sebagainya. Jadi Fatimah berfikiran bahawa Solat dan Puasa itu semuanya tidak ada dalam Islam.


Kejadian ini berlarutan hingga tahun 2001, Suatu hari Fatimah terdengar siaran radio Kedah bahaw pihak PERKIM, Alor Star menjemput saudara baru menghadiri program Islam. Fatimah yang masih mencari Islam terus hadir ke program tersebut.


semasa Program tersebut, Ustazah Munirah (moga Allah merahmatinya) mengajar bahawa Islam ada Allah, Orang Islam ada Nabi, Nabi ada 25 orang wajib diketahui. Masa itu barulah Fatimah tahu mengenai Allah itu ada, ada Nabi, tp dia tidak tahu Nabi itu apa..sambil ketawa dia menerangkan.


Tahun 2001 itu juga pertama kali, Fatimah menyentuh Al Quran, dan tahun itu juga Fatimah belajar untuk berpuasa. Paling memilukan hatinya, pada tahun itu juga dia baru pandai berdoa supaya suaminya, dan anak2nya diampunkan Allah swt. Fatimah merasakan tahun 2001 paling indah bagi dirinya.


Dan paling membanggakan bg Anaz, Fatimah skarang mendidik lebih 30 orang anak saudara baru untuk membaca Al Quran, subhanallah dan alhamdulillah. Fatimah kata, setiap hari dia akan membaca Al Quran dan merasakan dirinya tidak sempurna kalau sehari tidak membaca Al Quran,hasil ketabahan Fatimah, suami dan anak2nya mengikuti jejak langkahnya untuk mempeljari Islam...Alhamdulillah.


Fatimah memberi pesanan: "Muallaf seperti kami memerlukan bimbingan, Jangan selepas diislamkan, anda yang berada di luar melepaskan tangan dan membiarkan kami. Bimbingkanlah kami yang dahagakan Ilmu Islam, Pimpinlah".




p/s:

Apa gunanya kalau kita Islam tp tiada Allah dalam hidup,
Apa gunanya kita mengaku Islam, tetapi sikit pun tidak ikut Sunnah Nabi,
Apa gunanya kita mengaku Islam kalau kita sendiri tidak mahu berjasa.
Apa gunanya kita mengaku Islam, tetapi harapkan ganjaran duniawi untuk Islam

Islam itu Budi, jadi lakukanlah,
Islam itu Destinasi, jadi kembaralah,
Islam itu Hadiah, maka terimalah.

Renung2kan, Selamat Beramal.

1 Julai 2010
Jam 1:03
Nilai


4 comments:

  1. Bolehkah saya kongsi epilog silam dengan rakan2 saya, bagaimana caranya..

    ReplyDelete
  2. SubhanAllah.. Begitu Hebat Anas...

    ReplyDelete
  3. Memang Muallaf lebih hebat dari kita yang memang Islam ni...Mereka dah macam Para Sahabat, Menerima Islam terus hebat dan Hebat

    ReplyDelete