Wednesday, June 30, 2010

Kelebihan Berzikir dan Hasilnya

Disini Anaz nak membawa sebuah Mesej yang ringkas tetapi kita selalu tertinggal dalam hidup kita...amat mudah...entah berapa peratus sahaja dari Berbillion umat Islam mengamalkan cara hidup Nabi yang paling mudah ini.

Ramai orang yang kotor hatinya tidak akan merasa zikir ini memberi kesan atau memberi faedah secara langsung. Anaz nak menasihati diri anaz sendiri dan sahabat semua, supaya marilah kita bercinta dengan Allah. Bila tidak cinta Allah, niat ingin zikir x menjadi ikhlas, atau langsung x minat nak berzikir.

Anaz akan bentangkan kelebihan zikir kepada sahabat2 melalui Hadis Nabi.

Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 Xsehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk)." Ini juga menjadikan kita kuat ingatan.

Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akandikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti berdukacita"

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa, "Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku.

Berkata Jibril A.S. : "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke
atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing
tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat
menyambar
."

Berkata pula Mikail A.S. : "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu."

Berkata pula Israfil A.S. : "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud
kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga
Allah S.W.T mengampuni orang itu
."

Malaikat Izrail A.S pula berkata : "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para
nabi-nabi.
"

Malah ada Nabi sebutkan Siapa sebut Astaghfirullah maka hilang 90 jenis penyakit...subhanallah, x salahlah orang rajin zikir muka bersih.

Nah!! Nabi dan Para Malaikat sudah berjanji dan mereka ini taat setia kepada Allah. Kata2 mereka adalah Kata2 Allah. Kata2 Allah sentiasa benar. Kenapa sampai ke hari ini, kita degil n menoleh dengan degil xmahu masuk syurga dengan mudah??..

Disini Anaz akan hiasi Zikir2 yang masyhur di kalangan kita. Jangan lupa amalkan Resepi Syurga ini ya!..Maas salamah Barakallaha Alaikum..









2 comments: