Friday, July 2, 2010

Solat bukan Sekadar Perbuatan

Salam Muhibbah, Salam Sahabat, Salam Sejahtera..

Assalamualaikum waramatullahi wa barakatuhu.


Disini Anaz nak melakarkan sebuah peringatan yang ambil ilham dari solat Jumat di Masjid di Taman Semarak yang bertarik 1 Julai 2010. Peringatan ini amat berkesan abgi anaz sendiri dan mungkin boleh diambil pengajaran bagi rakan2 yang sudi membaca artikel yang tidak seberapa ni.


Dibawah berikut adalah terjemahan Surah Al Mauun:

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang.

1. Tahukah engkau orang2 yang mendustakan agamanya

2. Iaitu mereka yang berlaku zalim dan kejam terhadap anak2 yatim

3. Dan mereka yang juga menghalang orang memberi makanan kepada orang2 miskin

4. Neraka Wil untuk orang2 yang sembahyang

5. Iaitu orang2 yang lalai dari dari solatnya

6. Dan juga mereka yang riyak dalam ibadat dan bawaan nya

7. Dan juga mereka yang enggan memberi pertolongan kepada mereka yang memerlukan bantuan ( enggan membayar zakat )


Dapat kita simpulkan disini, dari ayat ke 2 dan 3 ialah dengan kata lebih tepat, Orang yang meninggalkan solat akan hilang perasaan KASIHAN dan akan bertindak tidak berperikemanusiaan apabila hatinya tidak lagi punya cahaya Nauzubillah.



Malah dari ayat seterusnya, Allah memberi sumpahan dan kutukan CELAKA kepada mereka yang lalai ini, kerana apa?? sudah pasti dan pasti Ayat ke 6 menerangkan bahawa mereka ini sebenarnya hanya ingin redhaa manusia dan melakukan ibadat hanya bersebab. Dalam solat mereka tiada Allah. Nauzubillah wahai sahabat.


Mereka yang suka meninggalkan solat ini ada beberapa Golongan:


1-Golongan Yang Menolak Kefardhuannya:

>>Iaitu suatu golongan yang tidak menerima konsep kefardhuan sembahyang maka tempat kembali mereka adalah Neraka Saqar, di mana Allah S.W.T telah berfirman:

"Apakah yang menyebabkan kamu memasuki Neraka Saqar?"Mereka menjawab:"Dahulu(semasa di dunia) kami termasuk orang-orang yang tidak bersembahyang.
[Al-Muddaththir Ayat 42-43].

2-Golongan Yang Menerima Tapi Tidak Melaksanakannya:

>>Iaitu satu golongan di mana mereka menerimanya (tidak menentang perintah sembahyang) tetapi mereka tidaklah melaksanakannya. Maka balasannya ialah al-ghayy.
Dalam surah Maryam Ayat 59 Allah Taala telah berfirman bermaksud:
"Maka datanglah sesudah mereka pengganti (generasi) yang menyia-nyia (mengabai)kan sembahyang dan mengikutkan segala keinginan maka mereka kelak akan menemui keburukan (atau memasuki sebuah lembah di Neraka).
Al-Ghayy dalam Ayat suci ini, antara lain merupakan suatu lembah di neraka Jahannam atau sebuah telaga di Neraka. Di samping itu ade berpendapat Al-Ghayy itu ialah keburukan/kejahatan dan ada pula berkata kerugian.

3-Golongan Acuh tak Acuh(Bersahaja).

Iaitu satu golongan yang tidak memandang berat dan tidak pula mempedulikan sembahyang. Mereka (terkadang) melaksanakannya dalam waktunya atau melewatkannya,(berkeadaan) seperti orang yang bertungkus lumus dalam dunia (keduniaan menyebabkan mereka tidak bersembahyang sehingga) telah terkeluar waktu sembahyang sedang mereka tidak sedar.
Keadaan demikian berlaku secara berulang-ulang kepada mereka maka mereka bersembahyang sesudah keluar waktu tanpa mempedulikan (batas waktu) dan mereka tidaklah menyesal, seperti perangai orang berjaga malam di mana pada biasanya mereka tidak bersembahyang Subuh melainkan sesudah terbit matahari.
Maka mereka ini dan orang sepertinya tidaklah mengutamakan perintah sembahyang dan mereka tidaklah mempedulikannya maka untuk mereka adalah Wail, di mana Wail itu merupakan satu seksaan yang pedih.


Disini Anaz nak menggarapkan sebuah Sirah Rasul tentang akibat meninggalkan solat:

Balasan Meninggalkan Solat
March 15th, 2008

Diriwayatkan bahwa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis.

Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, “Wahai orang muda kenapa kamu menangis?”

Maka berkata orang muda itu, “Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya.”

Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.s. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, “Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam.”

Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.

Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, “Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?”

Berkata orang muda itu, “Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat.” Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, “Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam.”

Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat.

Lalu mereka cuba membunuh ular itu. Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, “Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, menagapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat.”

Lalu para sahabat bertanya, “Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?”. Berkata ular, “Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :

- Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjamaah.
- Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
- Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.


Akhirnya dari peringatan ini kita akan mengetahui bahaya meninggalkan solat, Tuan semua, kita hidup x sama dengan orang yang lahir sediakala bukan Islam, Hati mereka sudah ditanam perasaan selesa dan tiada resah gelisah apabila tidak menyembah Allah. Dan apa sahaja mereka buat mereka pasti berjaya kerana apa?? Allah sudah pesan melalui lidah Nabi "Dunia itu Penjara bagi Muslim, Syurga bagi Kafir"....Jd kita janganlah bersangka, tiada Allah, kita akan berjaya.


Semoga Artikel Anaz ini menjadi ingatan semua.


Islam is a promise, fulfill it.
Islam is a duty, perform it.
Islam is a treasure (the Prayer), pray it.
Islam is a beautiful way of life, see it.
Islam has a message for you, hear it.
Islam is love , love it



Renung2kan, Selamat Beramal.
Jam 2.39
2 Julai 2010
Nilai


1 comment:

  1. Ya ALlah jauhkan aku ya allah dari melalaikan solat

    ReplyDelete