Monday, August 16, 2010

Akal berbicara.....Hati Menghayati


Satu post yang agak panjang, yang dikumpul hari demi hari. Alhamdulillah, ku panjatkan setinggi2 kesyukuran ke hadrat ilahi di atas limpah kurniaNya, dan dalam masa yang sama aku pohon dengan penuh harapan agar dosa2 ku diampunkanNya, sungguh Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang.

"Berlumba-lumbalah kamu untuk mendapatkan ampunan dari Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasul-rasulNya. Itulah kurnia Allah yang diberikan kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar." surah alHadid: 20

Wahai hati, renungilah..
Jangan kamu mencintai dunia, sungguh ia adalah dosa besar di sisi tuhanmu. Dan tanda2 cinta dunia itu sangat mudah dilihat:
1. Menganggap beribadah kepada Allah sebagai beban.
2. Menganggap menuntut ilmu syariat(fardhu ain) sebagai kegiatan yg menyusahkan.
3. Menganggap bersedekah dan beramal itu adalah pembaziran.
4 Berasa susah hendak bangun pada akhir malam bagi mengerjakan solat.
5. Menganggap membayar zakat itu mengurangkan kekayaan.
6. Menganggap harta dan kekayaaan sebagai milik peribadi.
7. Menganggap bekerja setiap hari sebagai usaha membina kehidupan.

"Dari Abu Hurairah r.a. , Rasulullah s.a.w. bersabda: Ketika seorang hamba melakukan dosa, timbul satu noktah hitam di hatinya. Apabila dia terus berbuat dosa, noktah hitam itu semakin banyak lalu menutup hatinya sehingga ia menjadi karat." hadis laporan Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Hakim dan Baihaqi.

Sungguh, dosa2 umat akhir zaman telah menggegarkan 'arasy Allah Azza wa Jalla. Kerana pengakuan keislaman mereka tidak langsung ditunjuk dalam segala aspek.. Lihatlah, percakapan, perlakuan, pengakuan dan perbuatan seperti tiada tuhan yang memberikan syariat. Mereka memohon kebaikan, namun dibalas dengan dosa dan maksiat.

"Wahai anak Adam, kebaikanKu itu turun kepadamu, dan kejahatanmu itu naik kepadaKu." hadis qudsi.

Ketahuilah, islam itu tersebar atas lima perkara:
1. Jihad(kecil dan besar) fi sabilillah.
2. Ibadah
3. Muamalat
4. Muasyarat
5. Akhlak

"Apa yang mereka kerjakan itu menutupi hati mereka." alMutoffifin: 14.

Bersegeralah kamu menuju kepada Allah dengan hatimu. Bergantunglah kepada rahmatNya sehingga dunia terkeluar daripada hatimu dan hati menjadi bersih daripada segala sesuatu selain Allah. Semoga hatimu dipenuhi dengan keimanan dan makrifat kepadaNya dan semoga Allah memberimu keyakinan serta melembutkan hatimu. Seterusnya, Allah menyibukkan anggota badanmu dengan ketaatan kepadaNya. Rendahkanlah hatimu di hadapanNya. (1)

Pemahaman syariat dengan akal tanpa amalan hati tidak mungkin mendekatkan diri kita kepada Allah, walaupun selangkah. Ini kerana perjalanan menuju Allah adalah perjalanan hati. Kedekatan dengan Allah adalah kedekatan hati. Hakikat amal adalah menjalankan syariat dengan anggota badan dan bersikap tawaduk kepada hamba2Nya, hanya kerana Allah. (1)

"Orang yang arif adalah orang yang tidak melihat satu pun hak dirinya ke atas orang lain dan dia tidak memperlihatkan sedikit pun kelebihan dan kebaikan dirinya kepada orang lain. Ini kerana keberadaan dirinya hanyalah untuk Allah. Apa sahaja kebaikan yang dilakukannya adalah kerana kehendak Allah semata-mata." Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah.

Apabila dua pasukan iaitu nafsu dan akal sedang bertempur dalam diri, maka tiada jalan yang lebih tepat kecuali berlindung kepada Allah. Pasukan nafsu diperkuat oleh iblis dan syaitan sementara pasukan akal adalah kekasih Allah.

"Setiap anak Adam mendengar dua bisikan, satu bisikan daripada syaitan dan satu bisikan daripada malaikat." hadis laporan Ibnu Masud.

"Apabila syaitan mengganggumu dengan suatu godaan, maka mohonlah perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya, Dialah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui." surah Fussilat: 36

Wahai hati, bersabarlah dan pohonlah perlindungan daripada Allah. Sungguh, yang buruk itu adalah kerana bisikan syaitan dan kelemahan nafsu sendiri. Kekalkan zikrullah di dalam dirimu, dan jangan jadikan hawa nafsu sebagai raja.

"Dan syaitan berkata ketika perkara (hisab) telah diselesaikan, "Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kamu janji yang benar, dan aku pun telah menjanjikan kepadamu tetapi aku menyalahinya. Tidak ada kekuasaan bagiku terhadapmu, melainkan (sekadar) aku menyeru kamu lalu kamu mematuhi seruanku, oleh sebab itu janganlah kamu mencerca aku, tetapi cercalah diri kamu sendiri. Aku tidak dapat menolongmu, dan kamu pun tidak dapat menolongku. Sesungguhnya aku tidak membenarkan perbuatanmu mempersekutukan aku (dengan Allah) sejak dahulu." Sungguh, orang yang zalim akan mendapat siksa yang pedih." surah Ibrahim: 22

Aku(akal) berharap kelak, apabila malaikat maut mencabut roh kamu yang berada dalam keadaan beriman dan mentauhidkan Allah yakni mengesakan Allah, iblis dan syaitan akan takjud dan hairan bagaimana hamba Allah ini boleh selamat daripada tipu daya mereka yang tidak terbatas di dunia ini. Kemudian para malaikat membawa roh mu naik ke atas langit, lalu malaikat itu berkata, "Maha Suci Engkau ya Allah, alangkah bertuahnya hambaMu ini. Bagaimanakah dia dapat diselamatkan daripada perangkap iblis dan syaitan?"

Wahai Ridhwan, tidakkah kamu ketahui. Manusia itu lebih dimuliakan Allah lebih daripada malaikat. Lalu, malaikat bertanya, mengapakah boleh terjadi sedemikian? Kerana 3 perkara.
1. Manusia ada unsur yang berlawanan. Bagaimana ketaatan, lawannya kemaksiatan. Kemaksiatan itu adalah keinginan hawa nafsu yang sudah sebati dalam diri manusia, bagaimana dia masih boleh taat kepada Tuhan? Bukankah dia harus melawan kehendak nafsu?
2. Malaikat itu maksum, diciptakan Allah tanpa perasaan. Bagaimana manusia yang diciptakan kedua2nya, akal dan nafsu? Bukankan itu merumitkan melainkan dgn izin Allah.
3. Malaikat beramal setelah mereka mengetahui dan melihat alam akhirat, sedangkan manusia beramal tetapi sikitpun mereka tidak pernah melihat alam ghaib itu.

Bukankah, kamu adalah umat yang terbaik di antara umat2 yang diciptakan Allah? Sungguh, umat Nabi Muhammad adalah umat yang terbaik, namun ia hendaklah seiringan dengan menyuruh kebaikan dan mencegah kemungkaran. Wahai hati, tika ini, aku benar2 mengajak kamu kepada kebaikan di sisi Allah. Janganlah kamu berfikirkan keburukan. Tidakkah kamu ketahui,

"Sesungguhnya Allah s.w.t, para malaikat serta penghuni langit dan bumi hinggakan semut di dalam lubang& ikan yu yang berada di dalam lautan, semuanya memohon rahmat untuk mereka yang mengajar orang ramai kepada kebaikan." hadis riwayat Tirmizi.

Tidakkah kamu berfikir secara hikmah? Sebelum Allah memusnahkan selepas Dia menciptakan sesuatu kaum, maka Tuhan yang Maha Pengasih tidak sama sekali akan menghancurkan tanpa memberikan sebarang petunjuk kepada kaum itu. Dia utuskan Rasul untuk membawa mereka kepada jalan yang lurus yakni ke syurga kurniaanNya. Lihatlah kaum2 sebelum Nabi Muhammad. Namun, tidakkan kamu berfikir, setelah kewafatan Nabi yang tiada Nabi selepasnya. Bukankah kiamat itu sudah dekat?

Namun, Nabi memberitahu bahawa Allah tidak akan hancurkan dunia ini selagi mana ada manusia yang berdakwah kepada jalan mengesakan Allah dan mencegah yang mungkar. Tidakkah kamu rasa, bagaimanakah perasaan makhluk2 lain, binatang2, tumbuhan2 dan malaikat2 apabila disebabkan usaha kamu, Allah tidak menghancurkan(merosakkan dan mematikan) mereka. Sungguh, haiwan dan tumbuhan adalah makhluk yang sentiasa berzikir(dengan zikir mereka sendiri) kepada Allah.

Sungguh, dakwah itu merupakan dugaan dan cabaran. Namun, hati orang yang mencari al-Haq, yang berani mengharungi semua rintangan dan menentang segala sesuatu yang muncul kemudiannya. Apabila pada suatu perjalanan dia merasa takut akan kerosakan, kebinasaan dan penganiayaan, maka tampillah keimanannya, lantas ia menimbulkan keberanian di dalam dirinya, dan api kekhuatiran serta ketakutan akan padam dengan sendirinya. Sebagai ganti, akan datanglah cahaya ketenteraman, kemanisan dan kebahagiaan daripada tuhanmu.

"Wahai orang-orang yang beriman! Jadilah kamu penolong-penolong (agama) Allah sebagaimana Isa putera Maryam telah berkata kepada pengikut-pengikutnya yang setia, "Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku(untuk menegakkan agama) Allah?" Pengikut-pengikutnya yang setia itu berkata, "Kamilah penolong-penolong(agama) Allah," lalu segolongan dari bani israil beriman dan segolongan(yang lain) kafir; lalu Kami berikan kekuatan kepada orang-orang yang beriman terhadap musuh-musuh mereka, sehingga mereka menjadi orang-orang yang menang." surah asSaff: 14

Namun, kamu tidak akan ketahui semua ini jika tiada ilmu diakal. Tidakkah kamu seharusnya lebih bersyukur memiliki aku sebagai akalmu, wahai hati? Perjuangkanlah untuk mencari ilmu itu. Muaz r.a menasihati, "pelajarilah ilmu pengetahuan, kerana belajar ialah satu jalan takwa, mencari ilmu ialah satu ibadah, menelaah ilmu adalah satu tasbih, mengkaji ilmu adalah satu jihad, mengajar pada yang tidak tahu adalah satu sedekah dan memberitahu pada ahli adalah satu kebaikan."

Wahai hati, berpaling daripada Allah s.w.t setelah mengetahui hukum2Nya, bererti matinya agama, binasanya tauhid, musnahnya keredhaan dan keikhlasan. Maka, ketahuilah wahai hati, bersama kamu itu suatu nafsu yang mesti aku musuhi. Semua nafsu itu mesti dilawan, ditentang dan dijinaki. Aku(akal) dan kamu(hati) adalah di dalam satu badan seorang hamba yang ingin memperbaiki dirinya, maka hendaklah aku berlatih untuk memerangi nafsu itu, kerana seluruh nafsu itu mengajak kepada kejahatan.

"Sesungguhnya di dalam hati jasad anak Adam itu ada segumpal daging. Apabila daging itu baik maka baiklah seluruh jasadnya, apabila daging itu rosak maka akan rosaklah seluruh jasadnya. Ketahuilah, dia adalah hati." hadis riwayat Imam Bukhari.

Barangsiapa yang mengikut hawa nafsu dan ingkar kepada perintah Allah, maka Allah menyediakan neraka Jahannam buat mereka, kecuali mereka yang Allah beri kurniaan kepada mereka. Maka, seorang mukmin akan berasa sedih, risau dan bimbang, bagaimana hendak melawan hawa nafsu dan godaan syaitan yang tanpa batas ini. Takut kepada neraka itu memutuskan hati orang mukmin, membuat wajah mereka pucat dan menyusahkan hati mereka. Apabila perasaan ini bersemayam di dalam jiwa mereka, maka Allah akan menyirami hati mereka dengan siraman air rahmat yang kelembutanNya, dan dibukakan bagi mereka pintu2 akhirat sehingga mereka melihat dan merasakan akan kebenaran yang dijanjikan.

"Takutlah engkau akan firasat orang mukmin, kerana sesungguhnya ia melihat dengan Nur Allah 'Azza wa Jalla." maksud hadis.

Memperbaiki diri itu, dalam melawan nafsu hanyalah dapat dilakukan dengan takwa, tawakal kepadaNya, mengesakanNya dan berlaku ikhlas dalam setiap amal yang dilakukan semata-mata keranaNya. Tanpa sikap2 ini, maka hati akan rosak. Sedangkan bagaimana hendak membina dan mengetahui kezahiran sikap2 ini walhal tiada ilmu disisi akalmu akibat dari kemalasanmu. Ketahuilah nafsu itu tidak ubah seperti anak kecil yang belum mempunyai akal. Bagaimana diri mesti belajar daripada seorang kanak2 dan menerima sesuatu daripadanya?

Ketahuilah, hati itu ibarat seekor burung dan sebentuk berlian. Bagaimanakah seekor burung tanpa sangkar dan sebentuk berlian tanpa pengikatnya? Tidakkah burung akan terbang bebas(berbuat apa sahaja) dan siapa tahu akan ditembak mati. Tidakkah berlian akan jatuh jika tanpa pengikatnya dan menjadi perhatian si pencuri2. Kurunglah burung itu, berilah makan zikrullah, dan ikatlah berlian itu dengan takwa dan simpanlah ia dengan tawadhuk dan kezuhudan. Dengan demikian, maka sudah pastilah hilang sifat kebergantungan kepada makhluk kerana hadirnya hakikat takwa.

"Maka jika mereka tidak menjawab (tentanganmu), maka ketahuilah bahawa mereka hanyalah mengikuti keinginan mereka. Dan siapakah yang lebih sesat daripada orang yang mengikuti keinginannya tanpa mendapat petunjuk daripada ALlah sedikit pun? Sungguh, Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim." surah alQasas: 50

Apabila kamu mampu menggembleng dan menundukkan nafsumu, maka seluruh nafsu itu akan menjadi baik. Sehingga ia mengikuti semua ketaatan dan meninggalkan semua kejahatan dan kederhakaan. Jadikan hawa nafsu itu laksana bumi yang berada di bawah tapak kakimu, atau laksana debu di tangan2 kamu.Maka, jadilah jiwa yang sentiasa berbuat kebaikan dan memperoleh ketenangan.

"Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada tuhanmu dengan penuh redha dan diredhaiNya, maka masuklah kamu ke dalam golongan hambaKu dan masuklah ke dalam syurgaKu." surah alFajr.

Adapun, tanda2 seseorang itu telah beroleh kebaikan ialah:
1. lidah yang sentiasa basah berzikir kepada ALlah.
2. hati yang sentiasa bersyukur.
3. Anggota badan yang sentiasa menahan penderitaan.
4. isteri yang tidak mengkhianati maruahnya.

Wahai hati, semua ini adalah mukadimah atau pengenalan kepada kebaikan. Ingatlah, aku(akal) sentiasa diberati dengan ilmu2 untuk difikirkan dan direnungi.

"Ilmu itu bersuara dengan amal, jika engkau memperkenankannya( menjawab seruannya), jika tidak, maka ilmu akan pergi (hilang dari dadamu)." maksud hadis.

Oh, alangkah kamu tidak ketahui wahai hati, perumpaan seorang yang tidak beriman(beramal soleh dan yakin dengan hari akhirat) adalah seperti seorang yang telah mati. Sedangkan seorang mukmin itu hidup di sisi Allah. Janganlah kamu berpaling daripada syariat tuhanmu, dengan mengikuti hawa nafsu dan syaitan(yang derhaka). Firman Allah, dalam hadis qudsi.

"Yang mula-mula sekali mati dari kalangan makhluk-makhluk-Ku adalah iblis." hadis qudsi.

Maka, orang kafir dan musyrik adalah mati di sisi tuhanmu. Orang munafik dan fasik adalah pendusta agama dan tuhanmu. Adapun syaitan adalah musuhmu dan musuh bapamu, nabi Adam. Maka wahai hati, janganlah kamu berasa suka(gembira, mengkagumi dan mengangkat darjat) dengan mereka. Sungguh, iman adalah kesucian dan kederhakaan(pada ALlah) adalah kekotoran. Janganlah kamu bersahabat(baik) dengan mereka, dan jangan pula kamu jauhi mereka sejauh2nya. Barangkali, kebaikanmu akan menarik mereka kepada mentauhidkan Allah.

"Andaikata Allah memberikan hidayah kepada seseorang hasil dari usahamu, maka itu adalah lebih baik bagimu daripada seluruh dunia dan segala isinya." hadis riwayat Imam Ahmad.

Barangsiapa kafir, maka ia mengikut jejak langkah iblis yang derhaka kepada Allah. Mereka ini adalah orang yang hidupnya tidak sedikit pun diberkati, tidak diberi pahala kebaikan dan nerakalah tempat kembali mereka. Oleh itu, mengapakah seorang yang beriman mahu mengikut jejak langkah ahli neraka? Wahai hati, janganlah kamu terpedaya dengan perilaku dan dakyah mereka, jangan membudayakan budaya kafir, membahasakan dengan bahasa kafir(kesat), memakai pakaian yang sama seperti seorang kafir dan bercita2kan seperti cita2 seorang kafir.

"Katakanlah (Muhammad), 'Wahai orang-orang kafir! aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah, dan kamu bukan penyembah apa yang aku sembah." surah alKafirun: 1-3

"Dan apabila mereka mendengar perkataan yang buruk, mereka berpaling darinya dan berkata, 'Bagi kami amal-amal kami dan bagimu amal-amalmu, semooga selamatlah kamu, kami tidak (ingin) bergaul dengan orang-orang yang bodoh." surah alQasas: 55

Aku(akal) akan sentiasa melaksanakan tugasku, mengajak kamu kepada amal soleh(sentiasa berbuat kebaikan) supaya terjaga muamalat, muasyarat dan akhlakmu ketika bersama mereka. Penjarakan mereka dan berikan hak mereka yang bersifat asasi kerana kasih sayang kamu adalah untuk sesama mukmin. Tundukkanlah mereka dengan kesungguhan dan ketekunan.

"Dan sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukanNya dengan sesuatu apa pun. Dan berbuat baiklah kepada kedua orang tua, karib kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga dekat dan tetangga jauh, teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahaya yang kamu miliki. Sungguh, Allah tidak menyukai orang yang sombong dan membanggakan diri, (yaitu) orang yang kikir, dan menyuruh orang lain berbuat kikir, dan menyembunyikan kurnia yang telah diberikan Allah kepadanya. Kami telah menyediakan untuk aorang-orang kafir azab yang menghinakan." surah anNisa: 36-37

Wahai Ridhwan, tahukah kamu apakah kamu tidak tahu apakah maksud dan hakikat di sebalik namamu? Dengan kasih sayang daripada Tuhan, Dia telah menggerakkan seseorang untuk mengajarmu ertinya(Ridhwan), sedangkan ia tidak tahu menahu apakah yang telah kamu lalui. Wahai diri, apabila Tuhan mengkehendaki hamba2Nya untuk melakukan sesuatu, makaDia akan menciptakan persediaan bagi mereka untuk mereka mencapai sesuatu. Berfikirlah secara hikmah, Tuhan mengkehendaki dirimu berjalan di atas muka bumi ini dengan penuh hikmah, maka Dia persediakan kamu dengan suatu ujian terhadap kasih sayangmu. Ketahuilah,

"Allah tidak ingin menyulitkan kamu, tetapi Dia hendak membersihkan kamu dan menyempurnakan nikmatNya bagimu, agar kamu bersyukur." surah alMaidah: 6.

Supaya kamu berfikir dan kesedihan itu pastilah akan memudahkan perjalanan hikmah ke dalam hati, bahawa segala makhluk adalah binasa dan di sisi Allah jualah lebih baik.

"Kehidupan dunia hanyalah permainan dan senda gurau sedangkan negeri akhirat itu sesunggunya lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Tidakkah kamu mengerti?" al-An'am: 32.

Ridhwan, kata akarnya adalah redha. Dan redha membawa maksud menerima. Namun, secara amnya, semua manusia mempunyai redha dan menerima(sama ada musibah atau kurniaan) daripada tuhan mereka, namun ketahuilah wahai diri, hakikat Ridhwan itu membawa maksud kamu adalah seorang yang lebih menerima daripada insan2 yang lain. Kini, tidakkah kamu sedar, perasaan marah, kecewa dan hasad telah menjunam jatuh dan hampir2 sahaja hilang daripada dirimu. Kerana kamu telah mengetahui dengan lebih yakin akan hakikat qada' dan qadar, hakikat amal dan yakin serta hakikat dosa dan pahala. Oh, masihkah kamu mengharap selain daripada ini?

Bukankah kamu telah bermimpi suatu yang mulia?

"Setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri, semuanya telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuz) sebelum Kami mewujudkannya. Sungguh yang demikian itu mudah bagi Allah. Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput dari kamu, dan tidak pula terlalu gembira terhadap apa yang diberikanNya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan membanggakan diri." surah alHadid: 22-23

Sesuaikan dirimu dengan kudratmu. Tidurlah kamu di bawah naungan takdir, berbantallah kamu dengan kesabaran, bersikap redhalah kamu terhadap takdir yang sudah ditentukan buat dirimu, beribadahlah kamu dengan selalu menanti dan mengharapkan kebahagiaan. Hina dan rendahkanlah dirimu kepada Allah, kepada kekuasaanNya, kepada takdir dan perbuatanNya. Kelak, Tuhan yang Maha Pengasihani pasti akan mencucurkan anugerahNya di luar jangkaan yang pernah kamu cari dan kamu dambakan. Dengan pertolongan dan harapan, bersabarlah bersamaNya. Ingatlah kepadaNya, janganlah kamu lalai daripada mengingatiNya dan jangan kamu sedar sesudah mati, kerana sudah tidak bermanfaat lagi.

"Di sana pertolongan itu hanya(datang) daripada Allah Yang Haq. Dia adalah sebaik-baik pemberi pahala dan sebaik-baik pemberi balasan." surah alKahfi: 44.

"Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas." surah azZumar: 10.

Jadilah kamu seorang mukmin yang dia tidur sebagaimana tidurnya suatu kaum, makannya sebagaimana umumnya mereka makan, ia mengalahkan pembicaraannya dan memilih bersikap bisu sebagai budayanya. Apabila, telah capai suatu tahap meyakini dengan keyakinan yang benar bahawa segalanya adalah takdir, maka kamu akan merasakan hanya dengan takdir Allah sahaja yang mampu membuat kamu berkata-kata. Dengan sedemikian, apakah terdetik lagi untuk berkata sesuatu yang sia2 dan berpanjang angan2?

"Sesungguhnya orang-orang yang berbalik (kepada kekafiran) setelah petunjuk itu jelas bagi mereka, setanlah yang merayu mereka dan memanjangkan angan-angan mereka." surah Muhammad: 25

Wahai hati, apabila suatu penyakit menimpa dirimu, maka terimalah ia dengan penuh kesabaran, dan tenanglah kamu sehingga datang ubatnya. Apabila ubat sudah datang, terimalah ubat itu dengan penuh kesyukuran. Apabila kamu mampu berbuat demikian, maka kamu akan berada dalam kehidupan yang tenang dan bahagia.

"Maka ingatlah kamu akan Aku, nescaya Aku(pula) akan mengingatimu. Bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu menjadi orang yang kafir." surah alBaqarah: 152

Orang-orang yang mencintai Allah itu diberiNya ujian, lantas mereka bersabar serta mempunyai semangat dan dorongan untuk melakukan kebaikan2 dalam keadaan mereka sedang menghadapi cubaab atau ujian itu. Ibarat seseorang yang terlalu mencintai seseorang wanita, maka dia sudah pasti akan memberikan fokus seratus peratus terhadap wanita itu. Sehingga apa yang dilihat buruk pada wanita itu, tidak dipedulikan dan dikatakan baik pada matamu. Begitu juga cinta pada Allah, apa sahaja ujian yang diberikan, sudah pastilah kamu yang beriman akan berfikir, inilah tanda2 Allah itu semakin kepadaku.

"Apabila hamba-hambaku bertanya kepadamu tentang Aku, wahai Muhammad, katakanlah sesungguhnya aku berada dekat dengan mereka. Aku kabulkan permohonan orang-orang yang berdoa apabila mereka berdoa kepadaKu. Mereka hendaklah memenuhi perintahKu dan beriman kepadaKu supaya mereka memperoleh kebenaran." alBaqarah.

Wahai hati, ingatlah. Dunia ini mempunyai pengganti, iaitu akhirat. Makhluk juga mempunyai pengganti, iaitu khalik. Setiap kali kamu meninggalkan sesuatu di dunia ini, maka kamu akan memperolehi gantinya yang baru dan lebih baik di akhirat kelak.

"Barangsiapa mengharap pertemuan dengan Allah, maka sesungguhnya waktu (yang dijanjikan) Allah pasti datang. Dan Dia yang Maha Mendengar, Maha Mengetahui. Dan barangsiapa berjihad, maka sesungguhnya jihadnya adalah untuk dirinya sendiri. Sungguh, Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari seluruh alam." surah alAnkabut: 5-6

Wahai pendusta, kamu hanya mencintai Allah ketika kamu memperoleh nikmat. Sebaliknya, apabila datang suatu bencana atau cubaan kepada kamu, kamu segera lari, seakan-akan Allah itu bukan kekasihmu. Sedangkan, apabila suatu ujian atau cubaan daripada Allah, lalu kamu bertahan dan tabah menerimanya, maka kamu adalah seorang yang mencintai Allah dengan sebenar2nya. Sebaliknya, jika haluanmu berubah, maka jelaslah kebohonganmu, musnahlah perbuatan yang pertama dan berlalu entah ke mana.

"Dan sungguh, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta. Ataukah orang-orang yang mengerjakan kejahatan itu mengira bahawa mereka akan luput dari(azab) Kami? Sangatlah buruk apa yang mereka tetapkan itu." surah alAnkabut: 2-3

"Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, serta peliharalah kami daripada seksaan api neraka." surah alBaqarah: 201.

Wahai hati, aku(akal) pohon kepadamu, janganlah kamu terlalu gembira dengan apa yang kamu perolehi, kerana ia adalah sesuatu yang akan musnah dalam waktu yang dekat. Janganlah kamu mengharap pada sesuatu makhluk, kerana sememangnya hakikat makhluk itu binasa, dan Allah itu Maha Kekal. Adapun perasaan kamu tika ini gembira, Maha Kuasa ALlah mampu mengubahnya dengan kesedihan dengan secepat yang kamu tidak sangkakan. Melainkan hati yang Allah telah beri kurniaan, yakni sifat syukur dan sabar. Jiwa yang berserah dan kembali kepada Allah.

"Tatkala mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, Kami pun membukakan semua pintu(kesenangan) buat mereka, sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang diberikan kepada mereka. Kami akan merenggut daripada mereka dengan secara tiba-tiba, maka ketika itu mereka terdiam berputus asa." surah al An'am: 44.

"Dan apabila Kami berikan sesuatu rahmat kepada manusia, nescaya mereka gembira dengan (rahmat) itu. Tetapi apabila mereka ditimpa sesuatu musibah(bahaya) kerana kesalahan mereka sendiri, ketika itu mereka berputus asa." surah arRum: 36

Wahai hati, kamu bukan diciptakan untuk kekal dan bersenang-lenang serta bergembira ria di permukaan bumi. Maka ubahlah apa2 yang dibenci Allah yang ada padamu, menjadi keredhaanNya.

"(Mereka) dalam siksaan angin yang sangat panas dan air yang mendidih, dan naungan asap yang hitam, tidak sejuk dan tidak menyenangkan. Sesungguhnya mereka sebelum itu(dahulu) hidup bermewah-mewah, dan mereka terus-menerus mengerjakan dosa yang besar." surah alWaqi'ah: 42-47

Segala yang ada di sisi Allah itu akan kamu perolehi dengan kesabaran. Oleh yang demikian, Allah Taala menguatkan perintah untuk bersabar. Kemiskinan, kehilangan, bencana dan kesakitan itu tidak akan berkumpul dengan kesabaran, kecuali dalam hak orang mukmin.

"Dan orang-orang yang mengingkari ayat-ayat Allah dan pertemuan denganNya, mereka berputus asa dari rahmatKu, dan mereka itu akan mendapat azab yang pedih." surah alAnkabut: 23

Wahai hati, adapun sifat seorang mukmin itu adalah suka dan mencintai amalan sedekah. Sifat terpuji Allah Maha Memberi, maka kamu menyukakan ALlah dengan memberi sedekah dari nikmatNya untuk mereka yang meminta(fakir, miskin, penghutang). Berilah kelapangan kepada orang2 miskin(atau sedekah jariah ke atas sesuatu) dengan sebahagian harta yang kamu sukakan itu. Janganlah kamu menolak orang2 yang meminta ketika kamu mampu memberinya sesuatu, baik banyak mahupun sedikit. Dan apabila hatimu keras untuk memberinya, bermakna tangis dan rayuanmu(doa2) itu kepada Allah adalah tidak ikhlas. Tidakkah kamu memahami sejarah2 dan perilaku sahabat2 Rasulullah?

"Dan mereka yang memberikan apa yang mereka berikan(sedekah) dengan hati yang penuh rasa takut (kerana mereka tahu) bahawa sesungguhnya mereka akan kembali kepada Tuhannya, mereka itu bersegera dalam kebaikan-kebaikan, dan merekalah orang-orang yang lebih dahulu memperolehnya." surah alMukminun: 60-61

"Ya Allah, sungguh aku berharap kepada perlindunganMu, pertolonganMu dan redhaMu. Amin!"

Wahai diri terutamanya aku(akal), tatkala dikurniakan suatu ilmu kebaikan, maka syaitan akan hadir membawa 3 keburukan.
1. 'Ujub (kagum dengan diri sendiri)
2. Riak (menunjuk2 kelebihan diri sendiri)
3. Takabur (merasakan diri sendiri lebih baik daripada orang lain)

Hancurnya kebanyakan manusia kerana mereka sentiasa melakukan kesalahan dan maksiat. Hancurnya orang2 zuhud adalah kerana mereka mempunyai keinginan untuk bersenang2 dengan dunia. Hancurnya para wali Abdal adalah kerana hilang keikhlasannya. Hancurnya para siddiqin(orang yang jujur dan benar) adalah kerana fikir dunia.

"Dan janganlah kamu memalingkan wajah dari manusia (kerana sombong) dan janganlah berjalan di bumi dengan angkuh. Sungguh, Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membanggakan diri. Dan sederhanakanlah dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai." surah Luqman: 18-19

Maka, pohonlah perlindungan Allah pada setiap masa dan ketika. Zikirlah di dalam senyap. Dalam kesunyian, kamu memerlukan suatu tindakan pencegahan, kamu memerlukan kewarakan yang akan mengangkat kamu daripada lembah kemaksiatan dan kesalahan, dan peliharalah semangat untuk melawan gelojak hawa nafsu, godaan syaitan dan rakan yang jahat. Celakalah, apabila lidah bertakwa sedangkan hati berada dalam kederhakaan, lidah bersyukur sementara hati berpaling.

"Dan tiadalah mereka disuruh, kecuali untuk menyembah Allah dengan ikhlas dalam(menjalankan) perintah agama." surah alBaiyyinah: 5

Wahai diri, nasihatilah akal dan hatimu sendiri terlebih dahulu, sebelum kamu menasihati orang lain. Janganlah kamu berlebih-lebihan menasihati orang lain, sedangkan diri sendiri masih terdapat sesuatu yang perlu dibaiki. Celakalah, sekiranya kamu tahu bagaimana membersihkan orang lain, sedangkan kamu buta(tidak peduli dengan kemaksiatan diri sendiri). Bagaimana mungkin seorang buta dapat menuntun orang lain, sedangkan orang yang menuntun itu semestinya orang yang boleh melihat. Yang paling di antara kamu, ialah seorang perenang yang mahir dan dapat membawa seseorang kepada Allah. Bagaimana perenang disebalik mempunyai penglihatan yang baik, dia mempunyai tenaga yang banyak, kemahiran yang cukup dan dapat melawan arus ombak yang kuat.

"Maka adapun orang yang bertaubat dan beriman, serta mengerjakan kebajikan, maka mudah-mudahan dia termasuk orang yang beruntung." surah alQasas: 67

Ketahuilah, bahawa taubat itu adalah pusat kekuasaan dan menyesali segala perbuatan. Tanggalkanlah baju kederhakaan dengan taubat yang tulus. Kemudian, pucukkanlah sifat malu kepada Allah, bukan hanya kiasan atau ucapan bibir semata2 supaya kita peroleh hakikat taubat yang ikhlas. Ingatlah, taubat adalah perbuatan hati, setelah sucinya anggota badan dengan amal2 syar'i terlebih dahulu. Hendaklah orang mempunyai hati itu, ketika anggotanya beramal, hatinya juga turut beramal.

"(iaitu Tuhan) yang menciptakan aku, maka Dialah yang menunjuki aku." surah as Syu'ara: 78

Wahai diri yang merupakan seorang hamba kepada Tuhan yang Maha Esa. Seimbangkanlah antara dunia dan akhirat. Jadikanlah kedua2nya itu dalam wadah yang sama, dan apabila menyendiri kepada tuhanmu, bawalah hati yang suci bertelanjang, tanpa dunia dan akhirat kepadaNya. Janganlah kamu menghadapNya, kecuali kamu telah ketepikan segala perkara keduniaan dan kepentingannya.

"Dan tidak aku ciptakan jin dan manusia kecuali adalah untuk beribadah(kepada ALlah)." maksud firman Allah.

"Dan carilah (pahala) negeri akhirat dengan apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu, tetapi janganlah kamu lupakan bahagianmu di dunia dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi. Sungguh, Allah tidak menyukai orang yang berbuat kerosakan." sural alQasas: 77

Kemudian, bertebarlah kamu keseluruh muka bumi dengan redhaNya. Namun, wahai hati. Aku(akal) berpesan kepadamu, janganlah cita2mu hanya sekadar pada yang kamu makan dan minum, pada yang kamu pakai dan kamu kahwini, pada yang kamu diami(rumah) dan kamu kumpulkan(harta). Kerana semuanya itu hanyalah cita2 hawa nafsu dan naluri insaniyah. Walhal, hal ini telah berleluasa pada setiap insan mutakhir ini. Inilah umat akhir zaman dan umat yang akan mengalami apa itu hari kiamat.

"Negeri akhirat itu Kami jadikan bagi orang-orang yang tidak menyombongkan diri dan tidak berbuat kerosakan di bumi. Dan kesudahan (yang baik, yakni syurga) itu bagi orang-orang yang bertakwa." surah alQasas: 83

Hakikat hidup adalah untuk beribadah pada Allah dan mati dalam iman. Ketahuilah, di dalam dunia ini tidaklah ALlah memberi ujian pada seseorang hamba hanyalah dengan bencana, kesakitan dan musibah. Di berikan ujian berbentuk kemiskinan dan harta supaya kamu tergolong dalam golongan orang2 yang berfikir. Janganlah kamu sedih atau membuta tuli dengan harta yang bersifat sementara. Dan janganlah sama sekali berasa iri hati terhadap nikmat Allah pada seseorang. Ketahuilah, hasad hanyalah akan meluputkan kebaikan dan keikhlasan kamu.

"Dan janganlah kamu iri hati terhadap kurnia yang telah dilebihkan Allah kepada sebahagian kamu atas sebahagian yang lain. (kerana) bagi laki-laki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan bagi perempuan(pun) ada bahagian dari apa yang mereka usahakan. Mohonlah kepada Allah sebahagian dari kurniaNya. Sungguh, Allah Maha Mengetahui segala sesuatu." surah anNisa: 32

Sedarlah, Allah telah punya rancangan terhadap seseorang hamba. Ditentukan,
1. Rezeki
2. Jodoh
3. Maut
Maka janganlah membuta tuli mencari seperti tidak mempercayai qada' dan qadar dan merasakan Allah itu tidak mampu dalam kekuasaanNya. Sungguh, aku berlindung dengan Allah dalam hal ini.

Wahai diri, jauhilah dosa2 besar sepanjang di dalam pengetahuanmu. Maka nescaya dengan kasih dan rahmat Allah, Dia mengampuni dosa2 kecilmu. Tiada apa yang lebih baik di dunia ini melainkan berjalan di atas muka bumi dengan redha Allah. Sungguh, di dalam perjalanan menuju tuhan, kamu(hati) akan aku(akal) ajak bersama2 berjuang denganku.

Perhatikan dan jadilah kamu,
1. Orang yang berfikir dalam perjalanan syariat.
2. Orang yang berzikir dalam perjalanan tariqat.
3. Orang yang bersabar dalam perjalanan hakikat.
4. Orang yang bersyukur dalam perjalanan makrifat.

Berdirinya kamu di atas bumi dengan syariat sebagai kulit, tariqat sebagai anggota dan makrifat serta hakikat sebagai hati. Jadilah seorang yang adil, yakni meletakkan sesuatu pada haknya, dan tidak berlaku zalim. Namun, tahukah kamu untuk bertindak dengan adil sekiranya tidak mengetahui(ilmu) mana satu yang hak dan yang batil. Maka itulah fekah, fardhu ain dan syariat.

"Jika kamu menjauhi dosa-dosa besar di antara dosa-dosa yang dilarang mengerjakannya, nescaya Kami hapus kesalahan-kesalahanmu dan akan Kami masukkan kamu ke tempat yang mulia." surah anNisa: 31.

Adapun, apa yang saya tuliskan di atas adalah suatu pemahaman. Maka, bacalah dengan hati2 dan renungilah setiap kata2 itu. Semoga Allah memberi taufik dan hidayah ke atas kita semua. Wallahu'alam. Aku sudi ditegur.

tamat buat masa ini.~






No comments:

Post a Comment