Wednesday, October 14, 2009

Kiamat Bukan 2012 tapi 4772??






Bandar Raya Mexico- Satu tulisan daripada keturunan MAYA yang mempunyai tamadun besar di Mexico, Amerika Selatan pada zaman kemuncaknya kira-kira 300 hingga 900 Tahun Masihi sebenanrnya tidak menyatakan bahawa dunia akan Kiamat pada 21 Disember 2012.

Tulisan lama Kaum Maya yang disensasikan di Internet bahawa dunia akan Kiamat pada tahun itu sebelum ini ditemui di Selatan Mexico semasa kerja-kerja pembinaan lebuh raya pada tahun 1960-an.

Inskrip lama itu menggambarkan bahawa sesuatu akan berlaku pada tahun 2012 melibatkan Tuhan Kaum Maya, Bolon Yokte, yang berkaitan dengan perang dan penciptaan.

Namun, hakisan dan retakan yang terdapat pada batu tulisan itu menyebabkan bahagian akhirnya sukar dibaca.

Seorang Ahli Arkeologi Universiti Nasional Mexico, Guillermo Bernal membuat tafsiran tulisan alama itu, dengan menyatakan:" Dia (Tuhan) akan turun dari langit">

Mungkin menakutkan tetapi kenyataan Bernal itu mencatatkan terdapat tulisan lain di bekas lokasi Kaum Maya yang menunjukkan tarikhnya bukan 2012. Satu daripada tulisan yang diterjemahkan itu menyatakan ia akan berlaku pada tahun 4772.

"Jika saya pergi menemui bebrapa komuniti yang bertutur dalam Bahasa Maya dan bertanya kepada mereka mengenai apa yang akan berlaku pada tahun 2012, mereka didapati tidak mengetahuinya (dunia akan kiamat pada 2012)", Kata seorang ahli arkeologi Kaum Maya di Yucatan, Jose Huchim.

"Adakah Dunia akan Kiamat? Mereka tidak akan mempercayai anda. Kami (komuniti itu) mempunyai kebimbangan lain yang berlaku ketika ini iaitu hujan",tambahnya.

Namun, kaum Maya mengetahui rahsia lain iaitu paksi bumi bergoyang dan menyebabkan perubahan kecil berlaku keatas jajarannya dengan bintang-bintang setiap tahun.

Sekali pada setiap 25,800 thn, Matahari berada selari dengan pusat Galaksi Bima Sakti pada solsetis musim sejuk iaitu kedudukan paling rendah matahari di ufuk.

Fenomena seperti ramalan kaum Maya ini akan berlaku pada 21 Disember 2012 apabila matahari akan terbit pada koordinat arah kedudukan pusat galaksi yang bercahaya itu.

Adakah ini satu lagi kebetulan yang menakutkan?

"Apa yang saya katakan kepada mereka yang percaya bahawa kiamat akan berlaku pada tarikh tersebut ialah biarkan mereka", kata Plait iaitu seorang Ahli Astronomi yang menguruskan laman blog Bad Astronomy.

Menurutnya, jajaran antara Matahari dan Pusat Bimasakti tidak akan berlaku tepat pada 2012 dan fenomena itu tidak akan membawa kesan buruk yang boleh memusnahkan bumi.

"Golongan yang menganggap negatif ramalan kaum Maya sengaja cuba mengaitkan sebarang penemuan astronomi dengan tarikh 2012", kata Plait.

Bagaimanapun seorang penulis, John Major Jenkins berkata, pengkajiannya selama dua dekad menunjukkan kaum Maya sedar kejadian itu suatu yang penting.

"Sekiranya kita mahu menghormati pemikiran Maya mengenai fenomena ini, kita harus menerima bahawa kaum tersebut menganggap 2012 sebagai pengakhiran satu kitaran dan masa kelahiran baru", kata Jenkins.

Semasa Internet semakin popular pada tahun 1990-an, tarikh 2012 turut menyemat perasaan takut kepada sesetengah golongan sehingga mereka mengaitkan dengan bencana yang tidak pernah terfikir oleh kaum Maya sendiri.-AP



Pandangan Islam tentang hari kiamat sudah diberikan petandanya, sering dipandang serong oleh setiap ummat yang telah dihantar kepada mereka seorang Nabi. Dan pengakhiran kaum mereka berbagai keadaan contohnya kaum Nabi Luth alaihisalam yang telah diterbalikkan bumi hingga kini kita masih mampu melihat tubuh2 mereka yang sudah menjadi batu, malah lebih hina lagi mereka dalam keadaan melakukan persetubuhan sejenis..

Petandatentang kiamat telah diingatkan oleh Rasulullah, antaranya ialah...

1)Ibu melahirkan Tuannya: Perkara ini sering terjadi kerana Si ibu tidak berani menegur anaknya apabila ia melakukan kesalahan ataupun dilayannya anak itu dengan baik dengan kemewahan yang tidak terhingga.

2) Artis semakin ramai diakhir zaman: Perkara ini sudah tidak perlu dikatakan lagi, kerana sudah boelh melihat dengan mata kepala sendiri tntg kewujudan rancangn realiti melahirkan Artis.

3) Berlakunya Dua jenis gerhana di Bulan Ramadhan: Perkara ini sudah terjadi pada Tahun 2003 pada 9&23 November. Maklumat jelas tntgnya ialah:
Gerhana bulan pd 9 Nov 03 akan dapat dilihat di
> > seluruh negara Eropa, Asia Tenggara, benua Afrika
> > dan Amerika. sedangkan gerhana matahari terjadi pd 23 Nov
> > 2003 yang akan dialami penduduk Antartika & selatan
> > laut India.

4)Manusia berbangga membina masjid yang serba canggih dan indah, tetapi masjidnya kosong dan sunyi. ini boleh dilihat dimana2 sahabt.....apakah mungkin petanda kiamat terjadi Ketika MASJIDIL HARAM dan MASJIDIL NABAWI sunyi dan sepi???

Dibawah ini saya sediakan beberapa fenomena Kiamat kecil. Saksikan...renungkanlah. Subahnallah.


Kejadian TSUNAMI:





GEMPA BUMI:




Hasil Gempa Bumi yang meratakan "BANDAR TANPA TIDUR JOGJAKARTA"



PUTING BERLIUNG:




ANGIN TAUFAN:



INi baru sedikit contoh sahabat,pernahkah tedetik dalam pemikiran saudara dan saudari jika semua kejadian ini berlaku serentak dalam sehari dan apa hasilnya?? REnungkanlah...Saudara dan saudari boleh hilang Negara, apatah lagi bangsa, keluarga dan sahabat2....

Untuk tatpan lebih lanjut tntg perkara ini silalah melawat link bawah ini....wallahualam.


http://newyorkermen.multiply.com/journal/item/144

http://halaqah.net/v10/index.php?topic=3328.0

No comments:

Post a Comment