Sunday, August 30, 2009

Mendengar lebih Baik dari Bercakap..Tetapi perlu bercakap bila orang x mahu dengar..




Salam Warahmatullah kepada sahabt yang membaca blog ini terima kasih kerana sudi melawat blog ana..


Disini ana ada perkara menarik untuk diketengahkan, iaitu tntg perkara bagaimana kita hendak menghadapi, suatu keadaan yang sering buat pendapat kita x sampai mesejnya.

Saya ada mendengar satu luahan yang ditujukan kepad Dr. Fadzilah Khamsah. Ada 2 soalan iaitu:

1) Dato, bagaimana saya hendak menghadapi orang yang sangat keras kepala.

2)Dato, suami saya dituduh mencuri, hinggakan bapa dan ibu saya tidak mahu melihat muka suami saya hingga seluruh keluarga saya turut terlibat, dan membuatkan kami tidak dapat beraya di rumah orang tua selama beberapa tahun.


Ini merupakan soalan yang amat menarik, dalam berdakwah juga kita mesti dan mesti menghadapi situasi ini..

Buat makluman para daie sekalian, pendengar jenis ini ada dua sebab besar yang wajar kita fahami..

i)Pendengar ini tidak mahu mendengar kerana sudah tertipu atau rasa ditipu atau dengan bahasa yang mudah hampa, kecewa dan keliru menguasai fikiran.

ii)Pendengar ini sememangnya berketurunan yang cakap dia je betul...(ini memang susah nak cakap dah,tp jika sabar insyallah dia sedar).


Setiap perkara ini saya kemuakan contoh:

i) sekumpulan orang asli, yang amat sukar ingin mempercayai pendakwah islam yang datang dari luar kampung halaman mereka kerana, apabila mereka masuk islam sahaja, daie itu meninggalkan mereka terkontang-kanting.

ii)Seorang yang mempunyai fikiran yang mana mencegah sebelum terkena, manusia ada 2 golongan yg positif iaitu ingin merasai padah dahulu sebelum faham erti nasihat, dan mengambil berat dgn nasihat dan cuba jauhi sedaya mungkin. Dan ada sebilangan mereka dah terdidik dgn kepercayaan mereka.




Saya pernah menghadapi situasi serupa begini, dan ada sebahagiannya pengalaman dari orang lain.


i) Seorang suami dia mempunyai seorang isteri yang cantik sangat2, setelah bertahun berkahwin dia merasa bosan dengan isterinya. Nak dikatakan isterinya tua tidaklah tp entah kenapa hati dia tawar sangat dan ingin menceraikan isterinya. Tp pada suatu hari, dia mendengar ramai dri buah mulut rakan sepejabat isterinya dan sebgainya bahawa isterinya seorang yang berkarisma, kerjanya yang teratur dan sebagainya. Dia pula melihat isterinya dari jauh dan mengamati isterinya. Dari sudut hati, dia merasa bangga punyai isteri seperti itu dan dia merasa sayang.


Moral of the story: Jangan terasa kekurangan apa yang ada pada diri, dan bertanyakan lah sahabat akan kekurangan kamu, nescaya ada sebahagian mereka ingin mempunyai 'kekurangan' yang kamu katakan. Dan selalu memuji seseorang dan muhasabahkanlah diri yang sedang hampir unsur kekufuran nikmat.


ii) Saya selalu berhadapan dengan ayah saya, dan apa saya sampaikan dahulu selalulah ayah tidak dapat terima dengan baik dan kekadang memperlekehkan saya sendiri. Sya kadang2 fikir ayah ni nak saya mcm apa dia fikirkan atau saya nak dia fikir apa saya fikirkan??....Suatu hari saya sekelurga terperangkap didalam hujan lebat di lebuhraya, say cakap lah kat ayah, kenapa x bawa laju sikit? Ayah jawab: Jalan xnampak sangtlah, jalan licin. Tp saya tgok ayah bawa mcm kura2 sangat setakat 20km/jam...Saya suruh ayah pakai Cermin Mata HITAM...dia jawab lagilah x nampak. Dia xnak dengar cakap saya. Saya ambil cermin mata hitam, saya pasangkan kat mata dia. Dia tersenyum dan mengatakan: ayah dah NAMPAK! JELAS! Nampak Jalan!!...dia pesan: Anas, kadang2 apa kau katakan yang org xnampak dan xfaham tp pasti org akan nampak kemudian hari.


Sekarang sahabat leh faham x sikit idea yang saya usulkan? insyallah ada sebarang tips seronok saya akan kongsikan. Dan ingat apa pesan saya Mendengar lebih baik dri bercakap, dan perlu bercakap apabila orang x mahu mendengar..wasalm..

No comments:

Post a Comment