Sunday, August 30, 2009

Pasal Jodoh~Pro N Kontra~Pilihan Keluarga Atau Pilihan Sendiri??



Salam Warahmatullahi wbrkth...

Salam Bahagia kepada teman yang membca blog saya yg x seberapa ini, kutitipkan cerita ini seringkali menjadi isu yang amat kontroversi dikalangan remaja. Ingin kuselitkan, hubungan yang manakah yang ingin ku nisbahkan CINTA dan SUKA, dan soalan yang ingin kumainkan di hati pembaca semua, saat bilakah yang aku perlu bercinta.


Ada dikalangan kita memandang hina bg yang lain dalam soal ini, ada ideologi yang mana mereka terlalu taksub hingga mengatakan menghina segolongan yang lainnya..nauzubillah. Ingin aku mainkan pertanyaan di hati pembaca, Tunggu Cinta atau Mencari Cinta yang manakah lebih baik?? dan soalan keduanya, Pilihan Keluarga atau pilihan sendiri, manakah lebih mulia??

Kepada pembaca semua, x salah kita berada dimana2 posisi antara pilihan yang saya berikan, jika kita tahu kuncinya. Soalan yang perlu dijawab bg menjawab kedua soalan yang saya berikan td ialah, Jodoh ini pilihanku ini adakah Pilihan Rabb ku? sahabt sekalian, pernahkah dengar bait lagu raihan ini?

~Namun lupakah kita...cinta nafsu selalu mengecewakan..Sering berubah tidak menentu seoerti pantai dipukul ombak~Cintakan Allah tiada kecewa~..

Dalam bab ini, pilihan sendiri yang saya anjurkan bukanlah sememangnya dilarang itu, tetapi yg mengikut cara Islam. Islam xpernah melarang cinta secara Qat'ie..tetapi secara thabitnya ialah mendekati zina.

Kriteria dalam cinta amatlah perlu, perbezaan ini yang membezakan mendekati zina dan mencari berkah kehidupan. Soal cinta ini adalah lumrah manusia, dan Allah amatlah luas pengatahuanNYa didalm soal ini.

kritea2 yang perlu difahami ialah..

  • Dalam Islam memang tidak dikenal proses pacaran seperti apa yang dipahami kebanyakan remaja islam sekarang. Proses couple seringkali lebih banyak membawa mudharat daripada manfaat, bahkan seringkali membawa kepada perbuatan yang dilarang dalam agama.
  • Dalam cinta itu memiliki, tanggungjawab, ikatan sah dan sebuah harga kesetiaan. Dalam format pacaran, semua instrumen itu tidak terdapat, sehingga jelas sekali bahwa pasangan itu sangat berbeza dengan cinta.
  • Islam membenarkan bila ketika seorang memilih pasangan hidup untuk mengetahui hal-hal yang tersembunyi yang tidak mungkin diceritakan langsung oleh yang bersangkutan. Maka dalam masalah ini, peran orang tua atau pihak keluarga menjadi sangat penting. Inilah proses yang dikenal dalam Islam sebaga ta’aruf.
  • Kesan indah saat pacaran itu tidak akan ada terus menerus di dalam kehidupan sehari-hari mereka. Dengan demikian, pacaran bukanlah sebuah penjajakan yang jujur, sebaliknya sebuah penyesatan dan pengelabuhan.
  • Etika Ta’aruf: [1]. Tidak Berduaan (Khalwat). [2]. Tidak Melihat Jenis Lain dengan Bersyahwat (gharizah). [3]. Menundukkan Pandangan. [4]. Hindari Berhias Yang Berlebihan (Tabarruj).
  • Jadi, sekali lagi tidak ada yang islami terlebih pacaran yang Islami, untuk itu menjaga kesucian diri dengan segera menikah, tetapi apakah kita tidak boleh menyintai? Boleh-boleh saja karena cinta tidak bisa di larang datangnya di hati kita dan yan terpenting adalah mengelola hati agar cinta itu tidak ternoda dengan pacaran.
Disini saya membawakan cerita jodoh pilihan Keluarga dan Pilihan sendiri.

Air Mata di Malam Pertama

Hatiku bercampur baur antara kegembiraan, kesedihan dan kehibaan. Terlalu sukar untuk kugambarkan perasaan hatiku tatkala ini. Sanak saudara duduk mengelilingiku sambil memerhatikan gerak geri seorang lelaki yang berhadapan dengan bapaku serta tuan imam.

Hari ini adalah hari yang cukup bermakna bagi diriku. Aku akan diijab kabulkan dengan seorang lelaki yang tidak pernak kukenali pilihan keluarga. Aku pasrah.

Semoga dengan pilihan keluarga ini beserta dengan rahmat Tuhan. Bakal suamiku itu kelihatan tenang mengadap bapaku, bakal bapa mentuanya. Mereka berkata sesuatu yang aku tidak dapat mendengar butir bicaranya. Kemudian beberapa orang mengangguk-angguk. Serentak dengan itu, para hadirin mengangkat tangan mengaminkan doa yang dibacakan lelaki itu.
"Nora dah jadi isteri! " Bisik sepupuku sewaktu aku menadah tangan. Tidak semena-mena beberapa titis air mata gugur keribaanku. Terselit juga hiba walaupun aku amat gembira. Hiba oleh kerana aku sudah menjadi tanggungjawab suamiku. Keluarga sudah melepaskan tanggungjawab mereka kepada suamiku tatkala ijab kabul.

"Ya Allah! Bahagiakanlah hidup kami. Kurniakanlah kami zuriat-zuriat yang menjadi cahaya mata dan penyeri hidup kami nanti."Doaku perlahan.
Aku bertafakur sejenak. Memikirkan statusku sekarang. Aku suadh bergelar isteri. Sudah tentu banyak tanggungjawab yang perlu aku tunaikan pada suamiku dan pada keluarga yang aku dan suamiku bina nanti.

"Mampukah aku memikul tanggungjawab ini nanti"Tiba-tiba sahaja soalan itu berdetik di hati.
Kadang-kadang aku rasakan seolah-olah aku tidak dapat melaksanakan tanggungjawab seorang isteri terhadap suami.

"Assalamualaikum!" Sapa suatu suara yang mematikan tafakur tadi. Baru aku perasan, seorang lelaki berdiri betul-betul di hadapanku. Aku masih tidak mampu untuk mendongak, melihat wajahnya itu. Aku berteleku melihat kakinya.

Sanak saudara yang tadi bersama-samaku, kini membukakan ruang buat lelaki itu mendekatiku. Aku tambah gementar bila dibiarkan sendirian begini. Tanpa kusangka, dia duduk menghadapku.
"Sayang"..Serunya perlahan. Suaranya itu seolah membelai dan memujuk jiwaku supaya melihat wajahnya.

Aku memaksa diriku untuk mengangkat muka, melihat wajahnya. Perlahan-lahan dia mencapai tangan kiriku, lalu disarungkan sebentuk cincin emas bertatahkan zamrud kejari manisku.
"Abang".. Seruku perlahan sambil bersalam dan mencium tangan lelaki itu yang telah sah menjadi suamiku.
"Nora serahkan diri Nora dan seluruh kehidupan Nora kepangkuan abang. Nora harap, abang akan terima Nora seadanya ini seikhlas hati abang.."Bisikku perlahan. " Kita akan sama-sama melayari hidup ini dan akan kita bina keluarga yang bahagia." Janjinya padaku.

Itulah kali pertama aku menemui suamiku itu. Aku tidak pernah melihatnya selain daripada sekeping foto yang telah diberikan kawan kepadaku.
Kenduri perkahwinan kami diadakan secara sederhana sahaja. Namun meriah dengan kehadiran sanak saudara terdekat dan sahabat handai yang rapat. Senang sikit, tak payah berpenat lelah. Sibuk juga aku dan suamiku melayani para tetamu yang hadir ke majlis itu.
Ramai juga teman-teman suamiku yang datang. Mereka mengucapkan tahniah buat kami berdua. Tak sangka, suamiku punyai ramai kawan. Katanya, kawan-kawan sejak dari universiti lagi.
Pada pandanganku, suamiku itu memang seorang yang segak. Berbaju melayu putih sepasang serta bersampin. Aku juga memakai baju pengantin putih. Kami dah berpakat begitu.

Aku selalu berdoa pada Tuhan agar Dia kurniakan padaku seorang suami yang dapat membimbing dan menunjukkan aku jalan ketuhanan. Mengasihi aku sebagai seorang isteri. Tidak kuminta harta mahupun pangkat, cukuplah sekadar aku bahagia bersamanya dan dia juga bahagia denganku. Aku juga sering berdoa agar dikurniakan zuriat yang dapat membahagiakan kami.
"Nora, ada perkara penting yang mak dan ayah nak bincangkan dengan Nora".Ayah memulakan mukadimah bicaranya di suatu petang sewaktu kami minum petang di halaman rumah. Mak hanya diam memerhatikan aku, membiarkan ayah yang memulkan bicaranya.

"Apa dia ayah, mak? Macam penting je" Soalku tanpa menaruh sebarang syak wasangka.
"Sebenarnya, kami telah menerima satu pinangan bagi pihak Nora."
"Apa!!!"Pengkhabaran begitu membuatkan aku benar-benar terkejut. Aku masih belum berfikir untuk mendirikan rumah tangga dalam usia begini. Aku mahu mengejar cita-citaku terlebih dahulu. Aku tidak mahu terikat dengan sebarang tanggungjawab sebagai seorang isteri.
"Kenapa ayah dan mak tak bincang dengan Nora dulu?" Soalku agak kecewa dengan keputusan mak dan ayah yang membelakangi aku. Sepatutnya mereka berbincang denganku terlebih dulu sebelum membuat sebarang keputusan yang bakal mencorakkan masa depanku.

"Kami tahu apa jawapan yang akan Nora berikan sekiranya kami membincangkan perkara ini dengan Nora. Pastinya Nora akan mengatakan bahawa Nora masih belum bersedia. Sampai bilakah Nora akan berterusan begitu?"Ayah mengemukakan alasannya bertindak demikian.

"Sebagai orang tua, kami amat berharap agar anak kesayangan kami akan mendapat seorang suami yang boleh melindungi dan membimbing Nora. "Ujar mak setelah sekian lama membisu.
"Apakah Nora fikir mak dan ayah akan duduk senang melihat anak gadisnya berterusan hidup sendirian tanpa penjagaan dari seorang suami? Kami bukan nak lepaskan tanggungjawab kami sebagai orang tua, tapi itulah tanggungjawab orang tua mencarikan seorang suami yang baik untuk anak gadisnya."Terang ayah lagi.
"Nora.." Seru ayah setelah dia melihat aku mendiamkan diri, menahan rasa.
"Percayalah, kami membuat keputusan ini adalah untuk kebaikan Nora sebab kami terlalu sayangkan Nora.";

"Ini cincinnya, pakailah." Mak meletakkan satu kotak kecil berbaldu di hadapanku. Perasaanku berbaur. Macam-macam yang datang. Berbelah bagi. Apa yang patut aku lakukan sekarang. Sekiranya aku menerima dan bersetuju dengan keputusan mak dan ayah itu, bermakna aku telah membiarkan cita-citaku semakin kabur dan berbalam di hadapan. Namun kiranya aku menolak, bermakna aku telah melukakan hati kedua-dua orang tuaku itu. Orang tua yang telah banyak berjasa dalam hidupku. Tanpa mereka berdua, aku takkan hadir dan mustahil untuk melihat dunia ini.
"Ahhhhgggg..."Keluhku sendirian. Aku dalam dilemma. Yang manakah patut aku utamakan? Perasaan sendiri atau perasaan dan harapan mak dan ayah. Aku selalu tewas bila melibatkan perasaan mak dan ayah. Aku terlalu takut untuk melukakan hati mereka. Aku takut hidupku nanti tidak diberkati Tuhan.

Azan maghrib yang berkumandang mengejutkan aku dari lamunan. Dah masuk waktu maghrib rupanya. Masih banyak lagi barang-barang yang belum dikemaskan. Penat juga nak kemaskan semua ni.

"Nanti kite kemas lepas ni. Mari solat maghrib dulu." Ujar ayah padaku.
Adik-adik sibuk bentangkan tikar dan sejadah di ruang solat. Begitulah selalunya apabila kami berkumpul. Solat berjemaah adalah saru agenda yang tidak boleh dilupakan.
Semua orang telah siap sedia menunggu sewaktu aku keluar dari berwudhuk di bilik air. Aku cepat-cepat mengenakan telekung dan memasuki saf bersama emak, kakak dan adik.

Selesai je iqamah, ayah memberikan penghormatan kepada suamiku untuk menjadi imam. Dia kelihatan serba salah dengan permintaan ayah itu. Dia merenung ke arahku. Aku hanya mengangguk sebagai isyarat supaya dia memenuhi permintaan ayah itu. Maka dengan tenang, dia mengangkat takbir. Menjadi imam solat maghrib kami pada malam itu.

Betapa hatiku tenang sekali menjadi makmumnya. Dengan bacaan yang jelas dan merdu itu membuatkan aku berasa kagum dengan suamiku itu. Mungkin tepat pilihan ayah dan mak buatku. Bacaannya lancar lagi fasih. Bagaikan seorang arab yang menjadi imam.
"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami terlupa atau tersilap. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kami dengan bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Jangan Engkau pikulkan kepada kami apa-apa yang tidak terdaya kami memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami."

"Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami daripada isteri dan suami serta zuriat keturunan yang boleh menjadi cahaya mata buat kami dan jadikanlah kami daripada golongan orang-orang yang muttaqin."
Dia membaca doa dengan khusyuk memohon kepada Tuhan setelah selesai solat. Kami bersalaman. aku mendekati suamiku sambil menghulurkan tangan.
"Bang, maafkan Nora!" Bisikku perlahan sewaktu mencium tangannya. Dia kemudiannya mengucupi dahiku sebagai tanda kasih yang tulus.
"Sayang tak ada apa-apa salah dengan abang."Ujarnya sambil tersenyum merenung wajahku.
Selepas berwirid dan berzikir, dia bangun menuju ke halaman rumah.

"Abang nak kemana tu?"Soalku.
"Nak kemaskan barang-barang kat bawah tu. Ada sikit lagi."Jawabnya.
"Dah la tu. Rehat jelah. Esok kita boleh sambung lagi."Aku kesian melihatnya, keletihan.
"Betul kata Nora tu Mie. Sambung esok sajalah." Sampuk ayah yang tiba-tiba mendengar perbualan kami. Emak pun mengangguk menyetujui sarananku itu.

"Takpelah ayah, Nora. Sikit aje tu. Kejap je saya buatnya." Dia masih berkeras sambil berlalu turun ke halaman rumah untuk mengemas beberapa peralatan yang masih lagi berada di bawah khemah.

Aku menukar pakaian, kemudian keluar membantu suamiku mengemas barang-barang di halaman rumah. Dia kelihatan asyik tanpa menyedari kehadiranku. Semua barang-barang telah dikemasnya. Aku mencapai kain pengelap dan mula mengelap meja.
"Bila Nora turun?" Soalnya apabila menyedari aku sedang mengelap meja.
" Baru aje. Asyik sangat abang buat kerja sampai tak sedar Nora datang."
"Maafkan abang sayang." Dia menghampiriku.
"Sayang tak marahkan?" Soalnya lagi sambil memeluk pinggangku erat.

Aku merenungnya, kemudian mengeleng-ngeleng sebagai tanda aku tak ambil hati pun pasal tu. Dia tersenyum sambil menghadiahkan satu ciuman di pipiku.
"Ish..abang ni! Nanti dilihat orang, malu kita." Rungkutku tersipu-sipu. Nanti malu juga kalau dilihat oleh ahli keluargaku.
"Apa nak malu, kan sayang ni isteri abang."Jawabnya tersenyum.
"Tau la, tapi tengok la keadaan dan tempat. Kalau kita berdua saja, lebih dari cium pun Nora bagi."
"Betul ni?"Soal suamiku cepat-cepat.
"Ish..;gatal la abang ni!" Dia cuba mengelak dari menjadi mangsa cubitan tanganku.

Aku terasa bahagia disayangi begini. Inilah pertama kali dalam hidupku merasai betapa nikmatnya cinta dan kasih sayang seorang kekasih hati yang aku sayangi. Aku tidak pernah terlibat dengan cinta walaupun semasa aku di universiti dulu. Dan pada tika ini, aku akan menikmatinya selepas perkahwinan. Cinta seorang suami terhadap seorang isteri.

Walaupun begitu,masih ada sedikit rasa takut di hatiku. Aku takut aku tidak mampu untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri. Aku takut aku tidak mampu untuk menjadi seorang isteri yang solehah dan mulia dalam hidup suamiku.

"Apa yang Nora menungkan ni?"Soalan itu mengejutkan aku dari lamunan. Aku berehat sekejap di atas kerusi batu dalam taman di halaman rumah setelah selesai mengemas barang-barang.
"Abang ni, terkejut Nora tau!" Aku buat-buat merajuk. Saja nak menduga bagaimana suamiku memujuk.

"Alaa..sayang ni.macam tu pun nak marah." Usiknya sambil mencubit pipiku.
"Nampak gayanya terpaksalah abang tidur bawah katil dengan nyamuk-nyamuk malam ni sebab isteri abang dah merajuk. Kesian kat abang yea!" Aku mula tersenyum dengan kata-kata suamiku itu. Pandai juga suamiku buat lawak nak memujuk aku.
"Sayang..." Seru suamiku sambil merangkul tubuhku.

"Sayang nak honeymoon kemana?" Tak terfikir pulak akau pasal honeymoon tu. Aku pun tak ada apa-apa plan atau cadangan pasal tu.
"Nora ikut aje kemana abang nak bawa."
"Kalau abang bawa ke bulan atau bintang, sayang nak ikut ke?" Guraunya.
"Banyak ke duit abang nak bayar tambang roket dan nak beli set bajunya nanti?" Soalanku itu membuatkan suamiku pecah ketawa.
"Nanti sayang nak berapa orang anak?" Soalnya lagi setelah ketawanya reda.
"Abang nak berapa?" Soalku kembali tanpa menjawab soalannya.
"Abang nak sebanyak mungkin. Larat ke sayang nanti?"

"Ish...abang ni. Abang ingat Nora ni kilang anak ke?" Sekali lagi suamiku ketawa. Nampaknya dia adalah orang yang mudah ketawa.
"Takdelah macam tu. Tapi abang suka kalau kita ada anak yang ramai. Sama banyak lelaki dan perempuan."
"Insya Allah, kalau ada rezeki nanti Nora sanggup." Penjelesanku itu membuatkan suamiku tersenyum gembira.
"Ni yang buat abang tambah sayang ni." Satu lagi kucupan mesra singgah di pipiku.
Aku terasa bahagia diperlakukan begitu. Aku punyai suami yang baik dan penyayang. Aku rasa dilindungi.

"Mie, Nora! Jom kita makan dulu!" Suara mak memanggil.
"Mari bang! Nora pun dah lapar ni." Ajakku sambil memimpin tangannya. Kami bangun beriringan masuk ke dalam rumah untuk menghadapi hidangan makan malam.
Rasa lapar la juga kerana sejak tadi lagi asyik layan tetamu dan buat kerja aje sampai lupa untuk makan. Seronok sangat dengan kahadiran kawan-kawan rapat serta gembira dianugerahi seorang suami yang baik.

Sudah beberapa hari aku asyik memikirkan pasal pertunanganku. Terlalu sukar untuk aku menerimanya. Tambah lagi dengan lelaki yang tidak pernah kukanali. Perkahwinan bukanlah sesuatu yang boleh diambil mudah. Kehidupan yang memerlukan persefahaman sepanjang hidup. Tanpa persefahaman dan tolak ansur, mustahil dua jiwa dan dua hati boleh bersatu dalam menjalani hidup sebagai suami isteri. Tidak sedikit cerita yang aku dengar tentang rumah tangga yang hanya mampu betahan buat seketika atau separuh jalan sahaja. Kemudian pecah berkecai umpama kapal dipukul badai. Berselerak dan bertaburan. Apataha lagi kalau dah dikurniakan anak. Anak-anak akan jadi mangsa keadaan.

"Mampukah akau menerima suamiku nanti sepenuh hatiku? Mampukah aku menyediakan seluruh ruang isi hatiku ini buat suamiku itu? Bahagiakah aku bila bersamanya nanti?" Bertalu-talu persoalan demi persoalan menerjah benak fikiranku. Aku rasa amat tertekan dengan keadaan ini. Bukan aku tak fakir pasal rumah tangga, tapi aku masih belum bersedia untuk melaluinya.

"Ya Allah, bantulah aku dalam membuat keputusan. Tunjukkanlah aku jalan penyelesaian. Janganlah Engkau biarkan aku sendirian dalam menentukan masa depan hidupku."
"Ya Allah, aku benar-benar tersepit antara kehendak orang tuaku dan persaan hatiku sendiri. Kiranya ia baik buatku, maka berilah aku redha dalam menerimanya wahai Tuhan.
Indahnya kuperhatikan suasana kamarku. Aku sendiri yang menghiasinya. Kamar malam pertamaku bersama seorang lelaki yang bergelar suami. Kamar yang akan menjadi saksi bisu bila mana aku menyerahkan khidmatku pada seorang suami. Kegusaran dan sedikit gentar mula bertandang dalam sanubari. Aku rasa takut sendirian untuk melalui keindahan malam pertama ini. Bagaimanakah akan melayani suamiku nanti?
Ketukan pada pintu bilik membuatkan hatiku bertambah gusar. Dari tadi lagi aku hanya duduk di birai katil.

"Masuklah, pintu tak berkunci." Aku bersuara perlahan. Aku pasti, itu adalah suamiku.
Dia masuk, kemudian menutup pintu bilik kami dengan perlahan. Dia kemudiannya menghampiri dan duduk di sisiku.
" Kenapa asyik termenung aje ni? Sayang tak gembirakah bersama abang?" Aku tak menyangka soalan itu yang diajukan oleh suamiku tatkala ketakutan di malam pertama begitu membanjiri jiwaku.

Aku hanya mampu mengeleng-ngeleng. Aku sendiri tak tahu apa jawapan yang terlebih baik untuk soalan suamiku itu.
"Habistu apa yang sayang menungkan ni?"
Nora takut bang!" Itulah aku rasa jawapan yang tepat bagi menjawab soalannya.
Dia memelukku erat sambil membelai rambutku.
" Apa yang nak ditakutkan? Abangkan ada. Abang akan Bantu dan tolong sayang. Kita sama-sama bina keluarga kita." Pujuk suamiku.
" Nora takut Nora tak mampu untuk menjalankan tugas sebagai isteri abang. Nora banyak kelemahan bang. Nora takut nanti Nora akan mengecewakan abang. Nora takut.." Aku tidak sempat untuk meneruskan kata-kataku kerana suamiku telah meletakkan telunjuknya di bibirku tanda tidak membenarkan aku menghabiskan bicaraku. Terkebil-kebil mataku memandangnya.

" Sayang, abang terima sayang sebagai isteri abang seadanya. Abang terima segala kelebihan dan kekurangan yang ada pada sayang. Usahlah sayang risaukan pasal itu. Ok sayang! " Bisiknya.
Aku memeluknya syahdu di atas penerimaannya terhadapku.

" Sayang, abang nak mandi kejap. Badan ni dah rasa macam melekit." Aku bangun membuka almari pakaian dan mencapai sehelai tuala serta kain pelikat. Kuhulurkan kepadanya dengan penuh kasih sayang.
Dia tersenyum kepadaku dan mencium pipiku sebelum berlalu ke bilik air. Kemudian aku terdengar siraman air terjun ke lantai.
Malam berark perlahan. Langit kelihatan gelap pekat tanpa bulan dan bintang. Mungkin sekejap lagi hujan akan mencurah, membasahi bumi yang sudah beberapa hari merindui titis air untuk membajai ketandusannya.

"Ayah, mak! Nora dah buat keputusan." Beritahuku sewaktu kami sedang berehat di beranda rumah pada suatu hari.

Ayah yang sedang membaca akhbar dan emak yang sedang menyulam tiba-tiba memandangku serentak, kemudian berpaling sesama sendiri.
" Keputusan tentang apa?" Soal ayah inginkan kepastian. Mungkin mereka tertanya-tanya keputusan apakah yang telah kubuat.
" Pasal peminangan tu." Ujarku.
Ayah dan emak kembali merenungku. Mereka memberikan perhatian kepada apa yang bakal aku beritahu. Keputusan yang telah kubuat setelah berfikir baik dan buruknya. Keputusan yang bakal menentukan masa depan arah perjalanan hidupku.
" Kiranya ini takdir Tuhan, maka Nora redha dengan jodoh yang ayah dan emak pilih." Terasa pilu sekali hatiku sewaktu meluahkannya. Ada sedikit titis jernih jatuh ke riba. Aku mengesatnya dengan hujung jari.

Emak bangun dan memelukku. Aku tidak tahu apakah ertinya pelukan emak itu. Pelukan gembira oleh kerana aku menerima pilihan mereka atau pelukan untuk menenangkan jiwaku yang sedang berkecamuk dan sedih ini? Hanya emak yang tahu hakikatnya.
" Syukurlah, moga Nora bahagia nanti." Ucap ayah padaku.
Aku terpaksa berkorban demi untuk melihat senyuman di bibir ayah dan emak walaupun hatiku sendiri terpaksa menangis. Tapi adalah terlebih baik bagiku memakan hatiku sendiri daripada memakan hati orang tua ku.

"Nanti mak kenalkan dia pada Nora." Ujar emak sambil tersenyum kerana keputusanku memihak kepada mereka.
" Tak payahlah mak. Kenalkan pada Nora di hari perkahwinan tu aje." Aku rasa lebih baik demikian kerana selepas ijab Kabul aku sudah tidak punyai pilihan lain selain daripada menerima walaupun dengan terpaksa lelaki pilihan ayah dan emak ku itu sebagai suamiku. Aku tidak mahu pertemuan sebelum ijab kabul nanti akan menyebabkan aku berbelah bagi dengan keputusan yang telah aku buat.

" Kenapa pula macam tu? Kan lebih baik kalau Nora berkenalan dahulu dengannya." Ayah mempersoalkan keputusanku itu.
" Noraa telah memenuhi kehendak ayah dan mak dengan menerima pilihan ayah dan mak. Tak bolehkah ayah dan mak memenuhi permintaan dan kehendak Nora pula?" Aku berlalu meninggalkan mereka dalam keadaan tercengang dengan permintaan ku itu.
Aku siapkan kamar tidur seadanya. Aku letakkan pakaian persalinan buat suamiku di atas katil. Aku menunggunya keluar dari bilik air. Aku sendiri telah bersiap-siap menukar pakaian malam menanti suamiku itu dengan penuh debaran. Kedengaran pintu bilik air dibuka. Dia keluar sambil tersenyum ke arahku.

" Sayang, boleh tak ambilkan abang segelas air. Dahagalah." Pintanya sambil mengelap-ngelap badannya dengan tuala di tangan.
" Baik bang. Bang, ni baju abang." Ujarku sambil bangun untuk ke dapur.
Sewaktu aku keluar, lampu di ruang tamu semuanya telah dipadamkan. Kulihat jam dah dekat pukul 1 pagi.
" Patutlah." Bisik hatiku. Aku meneruskan langkahku ke dapur dalam smar-samar cahaya bilik yang masih lagi terpasang.
Kupenuhkan labu sayung dengan air masak dan ku capai sebiji gelas. Aku membawa kedua-duanya menuju ke bilik.

Suasana malam agak sunyi. Tiada bunyi cengkerik atau cacing tanah. Cuma kat luar sana kadang-kadang langit kelihatan cerah diterangi cahaya kilat memancar. Malam yang pekat bakal mencurahkan hujan.
Sewaktu aku melangkah masuk ke bilik, kelihatan suamiku sedang khusyuk berdoa atas sejadah. Mulutnya terkumat kamit tanpa kutahu butir bicaranya.
Kutuangkan air kedalam gelas dan kuletakkan atas meja menanti suamiku selesai berdoa. Kemudian dia bangun menghampiriku. Aku menghulurkan gelas air kepadanya.

"Bang...."Seruku.
"Ada apa sayang?" Soalnya apabila melihat aku tersipu-sipu kearahnya.
"Malam ni abang nak.....nak....."Agak segan untuk kuteruskan pertanyaan itu. Suamiku masih lagi menanti persoalan yang kutanya... " Nak apa sayang?" Soalnya lagi sambil tersenyum.
"Ah..abang ni..."Aku malu sendirian apabila melihat suamiku seolah-olah dapat membaca fikiranku.
"Ya, abang nak sayang layan abang malam ni. Boleh tak?" Bisiknya ketelingaku.

Aku hanya mampu mengangguk-angguk tanda bersedia untuk melayani segala kehendak dan kemahuannya. Aku cuba untuk mempersiapkan diri sebagai seorang isteri yang mampu menyediakan dan memenuhi segala keperluan dan kemahuan suamiku itu.

"Assalamualaikum, wahai pintu rahmat!" Bisik suamiku.
" Waalaikumussalam wahai tuan pemilik yang mulia." Jawabku.
Malam yang gelap kehitaman itu kulaluinya bertemankan seorang lelaki yang telah kuserahkan kepadanya seluruh jiwa dan ragaku ke dalam tangannya. Dia berhak segala-galanya keatasku. Sebagai seorang isteri, aku mesti sentiasa patuh kepada segala arahan dan suruhannya selagi mana ia tidak bercanggah dengan ketetapan Tuhan dan Rasul.

Pertama kali kulalui dalam hidupku, malam bersama seorang lelaki yang telah dihalalkan aku keatasnya. Aku umpama lading dan suamiku itu adalah peladang. Ia berhak mendatangiku mengikut sekehendak hatinya. Aku telah membaca beberapa buah buku tentang alam perkahwinan, rumahtangga dan tanggungjawab seorang isteri apabila aku menerima pilihan emak dan abah terhadapku. Aku cuba untuk memperaktikkannya selagi aku termampu untuk melakukannya. Aku cuba menjadi yang terbaik bagi suamiku. Aku ingin suamiku bahagia bersamaku. Aku ingin menjadi permaisuri yang bertahta di hati dan jiwanya sepanjang usia hayatnya.

Rasulullah bersabda:
"Sebaik-baik isteri itu ialah yang dapat menenangkan kamu apabila kamu melihatnya dan taat kepada kamu apabila kamu perintah dan memelihara dirinya dan menjaga hartamu apabila kamu tiada."
Rasulullah bersabda:
"Setiap wanita itu adalah pengurus sebuah rumahtangga suaminya dan akan ditanyakan hal urusan itu."
Rasulullah bersabda:
"Isteri yang mulia ini merupakan sesuatu yang terbaik di antara segala yang bermanfaat di dunia."

Rasulullah bersabda:
"Sesungguhnya wanita yang baik itu adalah wanita yang beranak, besar cintanya, pemegang rahsia, berjiwa kesatria terhadap keluarganya, patuh terhadap suaminya, pesolek bagi suaminya, menjaga diri terhadap lelaki lain, taat kepada ucapan suaminya dan perintahnya, dan apabila bersendirian dengan suaminya, dia pasrahkan dirinya kepada kehendak suaminya itu."
Sesungguhnya perkahwinan ataupun rumahtangga itu bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh atau yang boleh dipermain-mainkan. Ia adalah suatu ikatan yang menghalalkan yang haram sebelumnya. Ia memerlukan persefahaman, tolak ansur, saling mempercayai, tolong menolong, kasih mengasihi seikhlas hati dan sebagainya. Tanpa itu semua, mana bisa dua jiwa yang berlainan sifat dan sikap mampu mengharungi sebuah kehidupan yang penuh dengan dugaan ini bersama-sama. Ia amat mustahil sekali.

Maka seharusnya kita perlu mempersiapkan diri sebelum memasuki gerbang perkahwinan dengan pelbagai ilmu. Ilmu kekeluargaan, ilmu keibu bapaan, psikologi kanak-kanak dan sebagainya. Jangan cuba untuk menghampirinya selagi mana kita belum benar-benar bersedia untuk menghadapinya. Jangan kita fikirkan tentang nafsu semata-mata. Fikirkan sama tentang tanggungjawab yang bakal kita pikul nanti. Tanggungjawab sebagai seorang suami ataupun isteri, tanggungjawab sebagai seorang bapa ataupun ibu. Mampukah kita semua memenuhi atau menunaikan tanggungjawab dan tuntutan itu. Kita pastinya akan dipersoalkan tentang pertanggungjawaban itu. Sama ada di dunia mahaupun di hadapan Tuhan nanti. Kerana tanggungjawab itu adalah amanah yang perlu ditunaikan oleh setiap orang.

Jadikan cintamu padaKU kerana tempat kembalimu adalah padaKU


Menarikkan cinta pilihan keluarga?? Bagaimana pula pilihan sendiri? saksikan...

GADIS NEGERI SEMBILAN
Oleh: Abdullatip
Suasana di daerah pedalaman ini tenang dan tenteram. Alam di kelilingku di hiasi dengan pohon-pohon kayu yang segar menghijau. Tidak jauh dari rumah kediamanku kelihatan sawah yang luas terbentang di pagari oleh Banjaran Titiwangsa. Aku merasa bertuah dapat mencurahkan khidmat bakti di negeri Adat Perpatih ini. Keramahan penduduknya dan keindahan alam semula jadinya menjadikan aku merasa bahagia bertugas di sini.
Namun aku sedar, sejak aku menjejakkan kaki di sebuah perkampungan yang letaknya jauh di pedalaman ini, hati ibuku kerap dilanda perasaan bimbang. Dia bimbang jika anak kesayangannya terpikat dengan gadis Negeri Sembilan.
Kerana itulah, sejak aku menerima surat tawaran bertugas di kawasan pedalaman ini, ibuku melambakkan pesanan supaya aku berhati-hati jangan sampai terpikat dengan gadis negeri Adat Perpatih.
" Teruk sangatkah Gadis negeri sembilan itu,?" tanyaku sekadar memancing perbualan.
Ibuku yang sedang memasukkan pakaian ke dalam beg kelihatan termenung seketika sebelum menjawab pertanyaanku. " Mak dah dengar macam-macam cerita mengenai gadis Negeri Sembilan ni."
Menurut ibuku, sesiapa yang berkahwin dengan gadis Negeri Sembilan kena ikut Adat Perpatih. Kena masuk suku, harta pusaka mesti diwarisi oleh orang perempuan. Jika bercerai, suami kena keluar dari rumah hanya dengan sehelai sepinggang. Dan apa yang paling menakutkan hati ibuku bila jiran kami Mak Joyah mengatakan gadis Negeri Sembilan pandai menggunakan ilmu pengasih untuk memikat jejaka yang berkenan di hatinya.
Kata Mak Joyah lagi, bila sudah berkahwin Gadis Negeri Sembilan pandai menggunakan ubat guna-guna untuk menundukkan hati suami. Akibatnya suami kena kontrol oleh isteri. Si suami lupa hendak balik ke rumah orang tuanya dan takut hendak menghulurkan duit gaji kepada orang tua atau adik beradiknya.
Sesungguhnya, itulah yang paling membimbangkan hati ibuku. Dia takut sungguh kalau aku berkahwin dengan gadis Negeri Sembilan. Bagi ibu kalau boleh biarlah aku berkahwin dengan gadis pilihan hatinya. Gadis yang sudah dikenal hati budi dan jurai keturunannya. Kerana itu siang malam, pagi petang ibu berdoa semoga aku tidak berkahwin dengan gadis Negeri Sembilan. Dan setiap kali aku balik ke rumah bila cuti ibu tidak lupa memberi nasihat kepada aku, anak kesayangannya.
Kata ibuku, pandai-pandailah menjaga diri bila berada di negeri orang. Mulut jangan celupar, berhati-hati memilih kawan, berwaspada bila makan minum di rumah orang dan paling penting, kata ibu berulangkali, jangan berkawan rapat dengan gadis Negeri Sembilan.
Selalunya bila diberi nasihat oleh ibu, aku hanya tersenyum sambil mengatakan Insyaallah. Memang begitu sikapku tidak banyak cakap bila berhadapan dengan ibu. Apatahlagi membantah kata-katanya. Tambahan pula aku tak mahu jadi anak derhaka kerana aku tahu anak derhaka tidak dapat mencium syurga. Sikap dan pengakuanku itu dapat meredakan perasaan ibu. Tetapi berlainan pula dengan ayahku. Dia selalu membela aku.
" Anak kita tu bukannya budak-budak. Dia sudah dewasa dan ada pelajaran. Fikirannya sudah matang untuk merancang masa depannya. Lebih lagi dalam hal memilih pasangan hidupnya. Kita doakan sahaja semoga dia hidup bahagia dunia dan akhirat." Kata ayah sambil matanya terus menatap akhbar Jawi di tangannya..
" Saya takut Amri berkahwin dengan gadis Negeri Sembilan," kata ibuku pula.
" Jodoh pertemuan Allah yang menentukan. Jika ditakdirkan Amri bertemu jodoh dengan gadis Negeri Sembilan, apa boleh buat. Kita terima sajalah!," ayah juga tak mahu mengalah. Aku faham benar sikap ayah. Dia suka berterus terang dan bersikap terbuka.
Tetapi ibuku masih berkeras. Ibu mengatakan dia tidak mahu aku berkahwin dengan gadis Negeri Sembilan. " Saya pun tahu jodoh pertemuan Allah yang menentukan. Tetapi Allah beri peluang untuk kita berusaha. Dan saya akan berusaha supaya anak kita tidak beristerikan gadis Negeri Sembilan."
Hari demi hari yang berlalu terasa begitu cepat peredarannya. Di siang hari aku menghabiskan masa mencurahkan ilmu mendidik anak bangsa yang hauskan ilmu pengetahuan. Di malam hari aku ke masjid solat berjemaah atau menghadiri majlis ilmu untuk bekalan akhirat. Kini sudah genap satu tahun aku bertugas di Negeri Sembilan. Dan apa yang paling ditakuti oleh ibuku sudah menjadi kenyataan. Kepulanganku pada pagi hari minggu itu membawa berita yang sungguh tidak menyenangkan hati ibu. Aku melahirkan hasrat di hati untuk menyunting gadis Negeri Sembilan.
" Saya berkenan pada dia, Mak. Kami dah sama-sama jatuh cinta," kataku berterus terang.
" Kalau dia dah suka, kita ikut sahaja. Baik kata dia, baiklah kata kita. Sebab yang nak kahwin, dia, bukannya kita," Seperti yang kuduga, ayah akan menyebelahi aku.
" Saya tak setuju dengan gadis pilihan anak kita itu," bentak ibuku.
" Mak tak setuju kerana dia gadis Negeri Sembilan?" tanyaku pula dengan nada suara yang lembut.
" Gadis Negeri Johor ni apa kurangnya. Gadis macam mana berkenan di hati kau?. Hendak yang kulitnya putih melepak, nak yang hitam si tampuk manggis, yang kurus atau yang gemuk semuanya ada. Serahkan saja kepada mak untuk mencarinya," kata ibuku.
" Kenapa kamu ni benci sangat dengan gadis Negeri Sembilan?. Bukankah mereka juga manusia seperti kita, bangsa Melayu dan beragama Islam..." kata ayah dengan nada suara yang masih ditahan-tahan.
Sebenarnya aku juga ingin menanyakan perkara yang sama. Tetapi ayah yang mendahuluinya. Lagipun masih ada perasaan hormatku terhadap ibu. Sesungguhnya aku ingin menjadi anak yang baik. Seingatku sejak kecil tidak pernah menyakiti hati ibu. Cuma kali ini sahaja mungkin sikapku telah menyakiti hatinya.
" Saya takut anak kita kena kontrol nanti. Sebab orang Negeri Sembilan berpegang kepada Adat Perpatih yang bertentangan dengan syariat islam," ibuku meluahkan kebimbangannya.
" Mana awak tahu Adat Perpatih bertentangan dengan syariat Islam?" tanya ayah pula.
" Memang betul, bang. Contohnya dalam pembahagian harta pusaka. Mereka tak ikut hukum faraid. Anak lelaki lansung tak dapat mewarisi harta pusaka sebab yang berhak menerimanya orang perempuan sahaja," jawab ibu sambil melahirkan rasa kesalnya.
" Sebenarnya, begini, Mak…." Aku cuba meredakan suasana. Paling aku bimbang jika terjadi pertengkaran antara ibu dengan ayah disebabkan aku. " Selama setahun sayang bertugas di Negeri Sembilan, saya dapat memahami adat istiadat mereka termasuk sistem adat perpatih."
" Betul ke Adat Perpatih tu bertentangan dengan hukum Islam?" tanya ayah pula.
" Masyarakat Melayu di Negeri Sembilan juga seperti kita. Beragama Islam dan mengamalkan ajaran islam. Sembahyang mereka, puasa mereka dan pegangan agama mereka sama seperti kita."
" Bagaimana pulak dengan pembahagian harta pusaka?. Apakah mereka ikut hukum Islam?. Hukum agama kita?" tanya ibuku.
" Dalam sistem Adat Perpatih diutamakan hak kaum wanita. Tujuannya supaya nasib kaum wanita itu terpelihara dan terjamin masa depannya. Kerana itu kebanyakan wanita di negeri sembilan tidak ada yang teranianya kerana dilindungi oleh keluarga mereka."

" Aida anak Pak Cik Seman kau tu apa kurangnya. Dia bersopan santun dan berbudi bahasa. Orangnya pun cantik. Mak berkenan sangat dengan budak tu. Kalau Amri bersetuju mengambil dia menjadi isteri, biar mak yang menguruskan segalanya," Ibuku cuba mengalih tajuk perbualan.
" Ini soal masa depan saya, Mak. Berilah peluang kepada saya untuk memilih siapa ibu kepada anak-anak saya. Apa yang penting, bakal isteri saya tu orang yang saya cintai. Dan dia menyintai saya. Apa gunanya perkahwinan jika tidak ada rasa saling cinta mencintai antara satu sama lain." kataku berterus terang.
" Benar kata kau tu, Amri. Tetapi mak tidak kenal siapa gadis pilihan kau tu. Entah macam mana hati budinya. Siapa keluarga dan bagaimana keturunannya. Semuanya perlu kita selidiki kerana mak tidak mahu kau menyesal di kemudian hari nanti," ibu masih tidak berputus asa memujuk aku.
" Saya sudah lama berkawan dengan Hayati, Mak. Tambahan pula kami bekerja di tempat yang sama. Saya sudah tahu hati budinya dan saya sudah kenal rapat dengan keluarganya. Percayalah bahawa Hayati itu baik orangnya dan dia daripada keturunan yang baik pula," kataku cuba meyakinkan ibu.
" Masa bercinta ni semua nampak baik. Tetapi bila sudah berkahwin nanti barulah kau tahu keadaan yang sebenarnya. Mak tidak mahu kau menyesal nanti kerana berkahwin dengan gadis Negeri Sembilan," balas ibu.
" Kenapa perkara itu yang mak nak persoalkan?. Bukankah mereka juga ada pegangan agama. Punya hati dan perasaan seperti kita. Apakah bezanya antara gadis Negeri Sembilan dengan gadis di negeri lain?" aku masih cuba meyakinkan ibu.
" Mereka dikongkong oleh Adat Perpatih. Mak sudah banyak mendengar cerita tentang keburukan mereka yang berkahwin dengan gadis Negeri Sembilan!" ibu masih tidak mengubah fikirannya.
" Jangan dengar cerita orang, Mak," pujukku. " Saya sudah lama bergaul dengan masyarakat Negeri Sembilan. Mereka tidak seburuk seperti yang mak sangkakan. Percayalah cakap saya ni."
" Amri sudah besar. Biarlah dia buat pilihan sendiri. Baik katanya, baiklah kata kita. Dia bahagia, kita tumpang gembira," balas ayah.
" Nampaknya abang bersetuju dengan gadis pilihan anak kita tu?" tanya ibuku pula.
" Kita nak buat macam mana kalau orang yang punya diri sudah berkenan dengan budak tu. Amri yang nak berkahwin, bukannya kita. Lagipun anak kita tu sudah besar panjang. Sudah mampu mendirikan rumah tangga. Biarlah dia sendiri memilih calun isterinya. Baik kata Amri, baiklah kata saya. Orang nak mendirikan masjid, berdosa kalau kita menghalangnya." kata ayah.
" Tetapi, saya takut kalau Amri salah membuat pilihan. Banyak benar yang saya dengar tentang cerita gadis Negeri Sembilan. Itulah yang membuatkan saya susah hati. Menyesal kemudian tidak ada faedahnya." kata ibuku pula.
" Dengar suara enggang, makan buah beluluk. Dengar cerita orang, awak nanti yang masuk lubuk," kata ayah sambil ketawa.
" Janganlah ketawa. Saya susah hati ni," ujar ibuku.
" Kalau anak kita dah berkenan awak nak buat macammana?. Awak nak minta tolong kepada dukun Mamat supaya Amri membenci gadis Negeri Sembilan tu?" tanya ayah.
" Tidak sekejam itu hati saya ni, bang. Saya masih tahu hukum hakam agama kita. Cuma yang saya kuatir kalau benar seperti cerita yang saya dengar tu."
" Abang tidak kisah siapa orang yang dipilih oleh Amri untuk menjadi isterinya. Asalkan dia bahagia, sudah."
" Habis tu, macam mana saya nak buat, bang?" tanya ibu. Dia nampak gusar.
" Suruh Amri bawa budak tu ke rumah kita pada hari Ahad depan ni. Nanti kita sama-sama tengok bakal menantu kita tu. Lepas tu baru awak buat keputusan. Ini belum apa-apa lagi awak dah kata tidak setuju!" jawab ayah.
" Baiklah," kataku pula sambil tersenyum. " Hari Ahad depan saya bawa gadis pilihan saya tu. Mak dan ayah boleh bertemu bual dengannya. Saya yakin mak dan ayah mesti berkenan dengan gadis Negeri Sembilan tu."
Paaada pagi Ahad itu ayah dan ibuku tidak keman-mana. Mereka menanti kedatangan Gadis Negeri Sembilan. Masing-masing seolah tidak sabar lagi hendak melihat tetamu istimewa yang akan berkunjung ke rumah kami.
Tepat jam 11 pagi kereta yang kami naiki sampai di halaman rumah. Ayah dan ibu segera datang menyambut kami. Ibuku merenung Hayati seolah sedang membuat penilaian.
"Saya perkenalkan, inilah Hayati bakal isteri Amri," kataku memperkenalkan Hayati kepada ayah dan ibu.
" Apa khabar Mak Cik," tanya Hayati sambil mencium tangan ibuku.
" Baik..." jawab ibu sambil matanya terus merenung gadis di hadapannya.
" Kenapa biarkan mereka tercegat saja di laman rumah. Jemputlah tetamu kita tu naik," kata ayah pula.
Ibu menjemput Hayati naik ke rumah. Kami duduk di ruang tamu. Dan sejak tadi mata ibu masih tidak pernah lekang mengawasi gerakgeri Hayati. Mungkin ibu mahu melihat keburukan atau menilai kebaikan bakal menantunya. Tetapi aku yakin ibu tidak nampak cacat celanya gadis Negeri Sembilan yang menjadi pilihanku. Orangnya nampak baik dan berbudi bahasa. Dan hati ibuku merasa senang bila Hayati membantunya membuat kerja-kerja di dapur. Hayati juga yang menyediakan masakan tengahhari.
Ibu dan ayah nampak berselira menikmati makanan tengah hari. Gulai masak lemak cili api yang dimasak oleh Hayati benar-benar membuka selera. Selesai makan Hayati juga yang ke dapur membasuh dan mengemas pinggan mangkuk. Kemudian Hayati membantu mengemaskan rumah. Selesai menunaikan sembahyang Asar barulah kami meminta diri untuk pulang. Hayati sekali lagi bersalaman dengan ibuku.
" kalau begini baik budi bahasanya, mak setuju Hayati menjadi isteri kamu," kata ibu ketika aku dan Hayati masuk ke dalam kereta.
" Alhamdulillah…minggu depan giliran kami pulak ke rumah kamu, Hayati," balas ayah pula.
Itulah saat yang aku rasa paling gembira.


Moralnya sahabat2...cinta ini jadi bila tiada mulakan niat nafsu atasnya...nafsu ini sebenarnya yang runtuhkan institusi suatu hubungan elakkan dari berahsia dengan family. Pastikan setiap dikau lakukan x terelak dri pengetahuan mak ayah.

No comments:

Post a Comment