Thursday, August 26, 2010

Final Breath, Final Life....selalu kah kita fikir tentangnya??...

Salam Tuan dan Puan2 dirahmati Allah sekalian....

Sejauh manakah kita ingatkan tentan kematian kita?..


Adakah kita mencintai Allah??....
sejauh manakah kita mengetahui tentang Allah??
dapatkan kita wujudkan Allah itu ada??
tahukah kita sifat2 Allah??
fikirkah kita tentang kehebatan Allah....
Kita tahu bahawa Allah Maha Berkuasa dan Maha Pelindung...
Tiada Janji yang yg Dia tidak akan tunaikannya...
Kita percaya bahawa Allah membalas tiap2 amalan dilukan...
tp,
Adakah kita menjaga Aurat kita??...
Adakah kita selalu melakukan tiap kerja ucapkan namanya??
Kita berkata bahawa apa Allah benci kami membencinya....
tetapi, kita yang sendiri melakukannya...
apakah kita tidak fikir Allah melihatnya??..
Kita berkata bahawa Allah sentiasa melindung orang yang benar...
tetapi kita tidak mengingatinya apabila kita lakukan kemungkaran??...
kepada diri sendiri dan orang lain??....



Adakah kita mencintai Rasulullah??
Ya kita kata kita mencintainya...tetapi kita lebih pentingkan hati pasangan kita,
sedangkan mengetahui bahawa wanita itu sedikit sahaja dari taman syurga selebihnya taman Neraka...
Kita mengatakn dan memperjuangkan bahawa ISLAM,
adalah yang terbaik cara hidupnya dan Rasulullah contohnya,
tp kita lakukan sebaliknya...
Apabila ditanya sejauh manakah kau mengetahui tentang Rasulullah??
kita bongkak mengatakan segalanya kami tahu...
Tapi, kenalkah kita semua nama ISTERI2 Rasulullah??
kita tidak mengetahui...dan hanya mampu menjawab dengan tergagap-gagap..
kita membuat Maulidur Rasul, bangga mengatakan kami cintainya...
tetapi bila menyambut hari lahir kekasihnya lebih ekslusif dari Penjamin Syafaat kita....
Ikuti Rasulullah pasti ke Syurga,
tetapi sepanjang hari kita hidup penuh noda dan dosa..
tidak mahu mendengar nasihat org yang lemah...
tidak mahu mendengar nasihat org yg sedikit pengetahuannya...
malah menyindirnya...
kita selalu mengenepikan sifat2 yg diajar Rasulullah,
Rasulullah ajar sabar, tp kita ikuti ego kita....


Ingatlah para sahabt, ingatlah para kerabat...
berikanlah mereka peringatan...
bahawa mati itu pasti,
mati itu benar..
Syurga dan Neraka tidak boleh dipilih....
tetapi masih boleh memilih ketika dalam masih bernafas..
dapatkah kita jamin bahawa malam ini kita dapat menemani keluarga kita???
dapatkah kita jamin bahawa kita dapat temani sahabat kita??
dapatkah kita jamin bahawa kita boleh bergurau dengan kawan kita??
dapatkah kita jamin dapat tebus syurga dengan dosa2 kita.....


Syaitan sudah mengatakan ketika habis dihisab semuanya seperti Allah garapkan dalan Surah Ibrahim ayat 22:

Dan berkatalah pula Syaitan setelah selesai perkara itu: "Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kamu dengan janji yang benar, dan aku telah menjanjikan kamu lalu aku mungkiri janjiku itu kepada kamu dan tiadalah bagiku sebarang alasan dan kuasa mempengaruhi kamu selain daripada aku telah mengajak kamu lalu kamu terburu-buru menurut ajakanku itu maka janganlah kamu salahkan daku tetapi salahkan diri kamu sendiri. Aku tidak dapat menyelamatkan kamu dan kamu juga tidak dapat menyelamatkan daku. Sesungguhnya dari dahulu lagi aku telah kufur ingkarkan (perintah Tuhan) yang kamu sekutukan daku denganNya". Sesungguhnya orang-orang yang zalim (yang meletakkan sesuatu pada bukan tempatnya) beroleh azab yang tidak terperi sakitnya.

Wallahualam.
Anaz Masrurah
12.40
Kampus USIM
26.8.2010

UCAPAN HABIB MUNZIR TENTANG SAAT KEMATIAN

No comments:

Post a Comment