Saturday, August 29, 2009

ILMU MENGANGKAT MARTABAT MANUSIA

عن ابي هريرة رضي الله عنه قال: سئل النبي صلى الله عليه وسلم أي الناس أكرم عند الله؟ قال: أكرمهم عند الله أتقاهم. قالوا ليس عن هذا نسئلك. قال : فيوسف نبي الله بن نبي الله بن نبي الله بن خليل الله. قالوا: ليس عن هذا نسئلك. قال: فعن معادن العرب نسألوني؟ قالوا: نعم. قال: فخيارهم في الجاهلية خيارهم في الإسلام لإذا فقهوا"....(أخرجه شيخان)


Daripada Abu Hurairah radiyallahuanhu berkata: Telah ditanya kepada Rasulullah s.a.w: Siapakah yang paling mulia disisi Allah?? Lalu Nabi s.a.w menjawab: "Orang yang paling mulia disisi Allah ialah org yang bertakwa kepadaNya". Seterusnya mereka berkata lagi: Bukan ini yang kami tanyakan. Lalu Nabi menjawab pula: "Kalau begitu mungkin kamu maksudkan Nabi Yusuf alaihisalam kerana dia seorang nabi anak kepada nabi dan anak kepada seorang nabi dan anak kepada kekasih Allah" maksudnya (Yusuf bin Yaaqub bin Ishaq bin Ibrahim alaihisalam). Mereka berkata lagi: Bukan ini yang kami tanyakan. Terus Nabi menjawab lagi: " Apakah kalian bertanyakan tentang tokoh-tokoh bangsa arab?". Mereka menjawab:Ya!. Baginda bersabda:" Orang2 yang baik pada zaman jahiliah dulu, itulah org baik pada zaman Islam ini, apabila mereka alim dengan hal2 agama.....H.R. Bukhari&Muslim.




Keterangan:Didalam Hadis ini membuktikan sesiapa sahaja Allah tidak akan kecualikan untuk menaikkan martabatnya apabila seseorang itu berilmu. Bukanlah dinilai kecacatannya, kecantikannya, keturunannya...tetapi cukuplah seseorang itu mahukan ILMU.Jdi sahabat sekalian apapun sekali kalian tergolong dgn benda negatif seperti perempuan liar, pemabuk dan sebagainya dan inginkan perubahan...carilah ILMU!! x perlu malu sahabat.....kerana sedetik kamu niat untuk kebaikan Allah sudah melihat diri kalian...setiap manusia mampu menjadi mulia, jika hati menginginkannya..jadilah seperti Umar yang merupakan org yang panas baran dan minum arak dahulunya menjadi khalifah Allah yang digeruni...jdkan dia idola kerana kita dan dia juga manusia...bukan kerana Allah pilih, tapi kita buatkan Allah memilih kita...INSYALLAH amin,

No comments:

Post a Comment